Saya suka dan rela. Tidak perlu bicara soal upah atau harta benda. Itu bukan agenda saya melakukan ini. Jangan pula sebut tentang berbaloi atau tidak. Saya suka dan rela melakukan apa sahaja demi…
Ini bukan entri atau hal suka-suka tentang asmara dan imaginasi liar seorang gadis kepada jejakanya. BUKAN!
SUKA dan RELA 1
Sedikit letih. Mungkin. Namun apa sangat keletihan itu jika dibandingkan dengan kepuasan melakukan sesuatu yang kita suka dan rela. Suka dan rela bukan milik mereka yang kaya sahaja yang mampu mengeluarkan wang sendiri demi memenuhi kepuasan dalam hidup. Mereka yang tidak berduit atau kurang mampu juga berhak mencapai kepuasan yang maksima dengan melakukan apa yang mereka suka dan rela.
Mereka kata,” belajar bahasa isyarat untuk apa?”
Saya tak salahkan mereka. Mungkin pandangan dan pengalaman mereka cetek tentang keperluan mempelajari sesuatu yang baru.
Saya jawab, “oh, banyak keperluannya. Suatu hari nanti saya boleh jadi sukarelawan yang mengajar bahasa isyarat kepada mereka yang memerlukan.”
“Juga untuk lebih mengingatkan diri bahawa saya yang sempurna tidak harus melupakan mereka yang kurang sempurna. Tuhan sengaja mencipta manusia dengan pelbagai kelebihan dan kelemahan. Saya rasa nak berkongsi kelebihan yang Tuhan beri ini kepada mereka yang kekurangan, dan saya mula sedar mengapa Tuhan bertindak sedemikian,” saya jawab dengan ringkas.
SUKA dan RELA 2
“eh, hari ahad pun kerja? Mesti banyak komisyen ni kan?” tanya akak yang menjual pisang goreng yang sedap itu. Nama akak itu, Rabiatul Adawiyah.
“Ya, semalam pun kerja. Tapi bukan soal komisyen kak. Saya suka dan rela,” Jawab saya.
“Bagusnya,” puji akak Rabiatul Adawiyah sambil tersenyum melihatkan lesung pipitnya yang sangat comel.
“Biasa sahaja kak, lagipun saya minat ambil gambar. Apa salahnya buat kerja sukarela untuk pejabat. Skil ambil gambar saya pun boleh ditingkatkan,” saya menjawab dengan ikhlas.
Pisang goreng bertukar tangan. Sambil membayangkan pisang goreng yang enak, saya melangkah menjuju ke rumah dengan sedikit letih tetapi puas.
Ya, saya suka dan rela diminta bertugas pada hujung minggu. Manfaatnya bukan sahaja pada majikan, tetapi juga pada hati saya dan keupayaan saya. Hati menjadi jinak jika kita banyak melakukan kerja-kerja dengan suka dan rela yang disulami dengan keikhlasan. Dan keupayaan kita juga boleh meningkat dengan kerja-kerja yang kita lakukan bukan kerana terpaksa tetapi SUKA dan RELA.
Aktiviti sukarelawan
Penglibatan masyarakat dari semua peringkat umur
Sebenarnya aktiviti sukarelawan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. memperkasa sektor sukarelawan tidak semestinya dalam bentuk berkumpulan. Apa yang penting keinginan, kesedaran dan keikhlasan dalam membantu orang lain. Dan bantuan tersebut bukanlah berbentuk harta benda semata-mata.
Selepas menghadiri sambutan ulangtahun ke-8 Sukarelawan Al-FAlah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), banyak perkara yang saya belajar. Melihat konsep perjuangan dan kasih sayang dalam membantu masyarakat Islam lain, membuatkan saya sedar bahawa dunia ini bukan milik saya seorang. Saya harus berkongsi dengan orang lain walaupun cuma keringat. Membantu mereka dengan kudrat yang ada, menenangkan hati mereka dengan kasih sayang serta berkongsi ilmu kepada mereka yang kurang mengerti. Jika ketiga-tiga aspek ini sukar kita kongsikan dengan orang lain, apa maknanya hidup jika bertemankan kemewahan tetapi jiwa kosong dan sepi?



April 15,2008 at 10:05 am
belajar bahasa isyarat? wow…menarik tu…kalau ade member yang belajar sama kan best jugak kan…boleh la dipraktiskan sama…
April 15,2008 at 11:00 am
x salah pun…biar buat keje dgn suka dan rela asalkan jgn mkn gaji buta je…chaiyuk2…
April 15,2008 at 11:42 am
kalau dah minat, no hal punya
April 15,2008 at 12:32 pm
Aku jugak cuba untuk berkhidmat kepada manusia … sekarang aku dah joint SJAM Negeri Perlis. Ahad ni aku ada meeting di KL. Aku sebenarnya baru 7 tahun dalam SJAM …
April 15,2008 at 2:58 pm
April 15,2008 at 4:30 pm
saya suka dan rela jaga booth di pesta buku walaupun sendirian pada 2 hari terakhir
saya juga suka dan rela awak ambil-ambil gambar saya.
ha ha ha..
April 15,2008 at 6:02 pm
Suka dan rela. Sukarela. Suka tapi tak rela. Rela tapi tak suka.
Hmmm….
Kalau niat kerana Allah, akan jadi suka dan rela..
April 15,2008 at 8:15 pm
apa salahnyer kalau mende yg kita wat kita suke…
hilanglah perkataan paksa…
April 16,2008 at 9:02 am
Buat perkara yang kita suka, mesti puas hati:)
April 17,2008 at 10:25 am
betol 2.mak sya JIJIK bile dapat tau sy nak jd jururawat.bagi die nurse buat keje2 yang jijik spt cuci ****.tapi salah ke kalu sy suka dan rela????
April 17,2008 at 11:51 am
zuriaf : Ya, seronok jika ada kawan yang boleh diajak praktis bahasa isyarat.
ed, nickmenza dan amyz : Sangat setuju.
izrittzz : Selamat bersukarela
JP : Ada yang kena jika rela dan suka tidak sekata.
menteil : Jika kita suka, tak apa…Tapi kalau orang lain tak suka apa yang kita buat? Kena juga ambil kira pandangan orang lain kan?
princess liyana : Ya, Tapi ada juga yang tak puas hati walaupun benda tu kita yang rela sangat nak buat.
sitifara : Susah nak puaskan hati orang.
April 17,2008 at 4:21 pm
suka melakukan sesuatu dengan rela
Mei 20,2008 at 12:09 pm
[...] Suka dan rela [...]
Julai 11,2008 at 3:05 am
salah ke saya nak jadi seorang sukarelawan rela??
Ogos 7,2008 at 11:29 am
heheheheh….betul2 kita tdk akan rasa terbeban dengan nelakukan ape yg kita suka n rela…saya sokong!!!!
Ogos 7,2008 at 4:31 pm
Terima kasih Suhaibah. Semoga jiwa kita terus ikhlas dalam melakukan apa sahaja.