Anda kenal beg plastik? Beg plastik menemani kita sepanjang hari. Hampir semua barang yang kita beli menggunakan beg plastik.
Isu beg plastik memang besar. Pengurusan sampah sarap di negara kita sukar ditangani kerana majoriti sampah yang sukar dilupuskan atau dikitar semula, adalah berasaskan plastik. Bahan buangan daripada plastik mengambil masa 400-1000 tahun untuk mengurai bersama tanah. Jika plastik tidak ditanam, ia boleh dikitar semula dengan dilarut bersama bahan kimia (yang sama digunakan untuk menghasilkannya), sekejap ia cair dan boleh membentuk bahan sintetik baru. Namun bahan sintetik baru itu tidak begitu selamat digunakan semula.
Walau bagaimanapun, usaha pelbagai pihak menunjukkan telah banyak kedai atau pusat membeli belah cuba menukarkan penggunaan beg plastik dengan beg kertas yang boleh dikitar semula. Tahniah.
Tajuk entri saya – Jangan buang beg plastik itu.
Ya, jangan buang beg plastik itu. Apa yang ingin saya sampaikan bukan berdasarkan fakta saintifik mengapa plastik tidak harus dibuang begitu sahaja. Ini hanyalah pengalaman peribadi yang tiada kaitan langsung dengan usaha memelihara alam sekitar. Jika ada mungkin sedikit.
Pertama, beg plastik jangan dibuang begitu sahaja apabila anda baru membeli sesuatu barangan. Tanpa disedari, di dalam beg plastik bukan sahaja mengandungi barangan yang kita beli, malah kadangkala penjual akan memasukkan resit pembayaran di dalamnya atau dikepil bersama beg plastik itu (biasanya di pusat membeli belah seperti Jusco, sogo, parkson dan sebagainya).
Tahukah anda, saya pernah ditahan oleh pakcik pengawal keselamatan di Parksond Grand (berhadapan dengan Taman Tasik, Seremban semasa saya bersekolah di sana suatu ketika dahulu). Saya dituduh mencuri barangan Parkson memandangkan saya tidak mempunyai resit pembayaran. Resit itu dikepilkan bersama beg plastik yang telah saya sumbat di dalam tong sampah. Akibatnya juga, saya terpaksa membongkar semula tong sampah itu untuk mencari resit pembayaran semula.
Kedua, beg plastik mengandungi sesuatu yang berharga. Tak percaya? Pergi ke pesta buku dan kunjungi gerai PTS, anda akan terkejut apabila mendapati di dalam beg tersebut bukan sahaja ada buku yang anda beli dengan diskaun yang hebat, malah mengandungi penanda buku yang comel-comel. [Gerai yang lain saya tak pasti]. Kadang juga ada buku sisipan yang berguna.
Simpanlah beg plastik sehingga anda keluar dari pusat membeli belah. Oh ya, plastik yang masih elok boleh di simpan di rumah dan digunakan sebagai plastik sampah. Jadi, kita tak perlu membeli beg plastik sampah yang khas. Jimat kan?
Sekian, pesanan khidmat masyarakat untuk hari ini.

April 8,2008 at 10:34 am
time hujan2 ni pun bole jadi kaver kepala hehe
April 8,2008 at 10:39 am
Ya, lagi satu seperti kata encik nickmenza, simpan beg plastik dalam beg kerja atau kereta. Selain boleh tutup kepala bila hujan, boleh juga buat penadah muntah untuk anak-anak yang mual naik kereta atau isteri yang mual-mual akibat pregnant.
* sejak peristiwa hitam ditahan pengawal keselamatan tu, saya menjadi pengumpul beg plastik yang tegar. Siap lipat cantik2 dan letak dalam satu bekas.
April 8,2008 at 12:11 pm
400-1000 tahun? Dari discovery channel, die cakap 1 Juta tahun ini disebabkan polymer dan bahan sintetik yang digunakan untuk menghasilkan plastik tersebut.
Beg plastik jugak tak bole bakar. Nanti ia akan mengakibatkan CFC.
April 8,2008 at 12:20 pm
bayan lipat beg plastik cantik2 tu macam mana? kalau aku aku lipat memanjang dulu sampai jadi dalam 2 inci macam tu, lepas tu lipat 3 segi. akhirnya jadi kemas, padat, kecil dan cantik, yeah!
April 8,2008 at 12:54 pm
noktahhitam : ye ke? mungkin la maklumat saya tidak dikemaskini. Apapun, terima kasih.
musnaz : Kita sama. hahahhaha…
April 8,2008 at 2:44 pm
Huhuhuhuhu kena buat kempen guba plastik biodegredasi….
April 8,2008 at 7:53 pm
huhhuhuhuhu
April 8,2008 at 8:33 pm
me dah lamer x singgah sinih.. tengok blog ko dah berubah.. semoga happy gitteww.. me no jelez2 one uoollss.. koser
Februari 7,2009 at 9:31 pm
bagi saya alam memang patut dijaga.tidak boleh buang sampah sewenang-wenangnya…
Bayan : Ya, Iqah, semua manusia di atas dunia harus jaga alam. Jangan jadi Israel. Eh…tiba-tiba teremosional. Hehehhe....