Kisah sufiah mula diperkatakan. Banyak. Dan seperti biasa bukan sahaja di media cetak malah blog juga.
Semalam, semasa menerima kunjungan Y.B Dato’ Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri di Jabatan perdana Menteri dan juga Timbalannya, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, hal ini turut diperkatakan.
Datuk Dr. Mashitah menjelaskan akan mengadakan “program menyelamatkan Sufiah”.
Menjawab soalan daripada wartawan, beliau berkata akan membawa Sufiah pulang ke Malaysia. Selamatkan akidah Sufiah serta membantu Sufiah yang telah tersesat.
Saya tidak bertanya satu apa pun, kerana saya tahu jawapannya mungkin akan menjadi onar kepada sistem pendidikan negara kita sendiri.
Saya cuma tertanya,
- Benarkah Sufiah begitu terdesak?
- Adakah ‘membiayai pengajian’ alasan utama Sufiah bertindak sedemikian?
Saya cuma membayangkan yang Sufiah bukan menjadi mangsa keadaan.
Bacaan lanjut:
- Sufiah Yusof a.k.a Shilpa Lee
- pandangan saya terhadap kes Sufiah…
- Sufiah (oxford) dan Vending Machine
- Genius matematik Sufiah yusof...
- readers express concern for Sufiah
- Sufiah’s sex job shocks ex-husband..
- saving Sufiah?
Dan banyak lagi!
April 2,2008 at 5:36 pm
yup!!
terlalu byk kisah pasal dia nie..
dulu waktu kecik aku cukup kagum ngan dia…
skang tak lagi..
April 2,2008 at 9:29 pm
Begitulah Bayan.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Wallahu a’lam.
April 2,2008 at 10:46 pm
Bayan, bila ko nak ajar aku mcmmana nak urus blog word press?
April 3,2008 at 3:30 pm
Semoga Allah menyelamatkannya…
April 4,2008 at 1:56 am
jgn trus menerus kutuk dia..cuba selami knp dia terjebak ke tahap pelacauran..masalah yg dhadapi ny…???
April 5,2008 at 9:37 pm
hah btu222
April 6,2008 at 2:29 pm
Masih ada ruang kembali ke pangkal jalan..
Cerdikpun bermasalah, jahil apatah lagi…
Masing-masing ada kebolehan..
Yang cerdik boleh jadi jahil, yang jahil boleh jadi cerdik..
Dunia penuh cabaran, tiket untuk ke JANNATUNNAIM..
April 7,2008 at 10:32 am
its a PLAIN STUPIDITY of the ministry.
SHE IS NOT MALAYSIAN PON !!!
and now Mashitah wants to use malaysian tax payerw money for non-malaysian ???
kat malaysia ni kita ada banyak masaalah social di kalangan remaja & belia. dah settle her ? tu tak masuk kanak2 hilang, bayi kena buang.
Sufiah doesnt need help.
our ministry needs help to prioritise !!!
April 7,2008 at 12:42 pm
isu sudah kecoh satu dunia…perlu diselamatkan agar tidak membawa kejatuhan moral negara kita. Sokong diusahakan agar seorang muslimah macam dia diberi bimbingan dan sokongan…sapa sapa pun patut buat tak tunggu kerajaan sahaja….
rasanya NGO pun kena buat sesuatu…
April 7,2008 at 3:43 pm
http://beritamalaysiakini.wordpress.com/2008/04/07/sufiah-tak-kesal-jadi-pelacur/
Ya, Siapapun dia kita harus bantu jika tidak dengan tindakan, sekurang-kurangnya dengan doa.
Cuma, harap kerajaan sebagai yang utama memikirkan tindakan yang realistik agar nama Malaysia tidak terjejas.
April 8,2008 at 3:45 pm
[...] Kisah Sufiah dan Kita [...]
April 9,2008 at 9:00 am
Kita berdoa dan berharap supaya sufiah diberikan hidayah dan petunjuk daripada allah swt unutk kembali ke pangkal jalan.
Selamatkanlah Sufiah yang genius dan unik untuk kebaikan kepada masyarakat Islam yang sering diburukkan oleh pihak barat….
April 11,2008 at 1:44 am
kpd kluarga sufiyah..dharap brsbr mnghadapi dugaan ini..
sntiase la bertawakal dan brzikir..
mudah mudahan sufiyah dberi ptunjuk dan blik ke pngkal jln yg benar..
kmi jga sntiase mendoakan yg terbaik.
April 11,2008 at 3:12 pm
salam ni lah cte pling hangat skng kt MALAYSIA..
kerna anak melayu jd cmni..
aku rasa lh dia ni tertekan kot yela nak kne blaja mcm2, dh 2 jd perhatian 1 dunia…
dia gk mkin x tahan godaan syaitan…tp aku harap dia insaf sblum ajal tiba…amin
April 15,2008 at 2:45 pm
Assalamualaikum
Pada pandangan saya, isu Sufiah Yusof ini wajar di ambil perhatian&tindakan lantaran demi menyelamatkan umat Islam di takhsiskan. Mudah-mudahan dengan usaha yang cuba dijalankan oleh umat Islam baik di Malaysia ataupun di mana jua mampu membuka pintu hati Sufiah ke jalan yang diredhaiNya,insyaAllah. SesungguhNya, selemah-lemah usaha yang kita mampu lakukan terhadap Sufiah ialah berdoa kepada Khaliq Yang Maha Esa.
April 16,2008 at 4:05 pm
MUNGKIN ADA HIKMAT. SELAMATKAN SUFIAH DAHULU. SEMOGA DIA KEMBALI KE PANGKAL JALAN. AMIN…
April 30,2008 at 4:09 pm
btl jgk ckp abg yg sorg tu.jgn kerana nak selamatkan sufiyah tu, anak2 remaja kita yg lain diabaikan.padahal, kat malaysia ni lagi bnyk kes mcm tu.jgn kerana dia dulu pnh jd bdk bijak,kita nak agungkan dia n nak slamatkan dia. cuba tgk kat pub @ klab2 mlm. ramai lgi anak2 melayu kita yg perlu diselamatkan..
April 30,2008 at 4:13 pm
mmg x slh kalau nak selamatkan dia.dia pun adik beradk ISLAM kita jugak. tapi x elok jgk klu kerajaan abaikan anak2 remaja yang lain. sya cuma nak menekankan hal anak2 remaja kita terutama sekali yang berbangsa melayu dan beragama islam. bersikap prihatin la pada mereka yang bersifat jahil spt sufiyah. selamatkan dulu remaja2 yang berlambak2 rosak akhlaknya di malaysia ini dahulu