Esok adalah ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Saya akan berada di Bukit Jalil untuk bersama-sama berkumpul memperingati hari yang penuh sejarah ini.
Saya tidak sempat menyiapkan artikel tentang Nabi Muhammad s.a.w dan riwayat hidupnya yang penuh dengan kebanggaan daripada umat Islam seluruh dunia zaman berzaman. Apa pun, semoga sambutan ini menguatkan lagi ingatan kita terhadap baginda Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan idola yang harus disemat dalam jiwa setiap generasi umaat Islam.
Artikel oleh YaWauSin Aljohoriini dari blog yussamir ini sangat menarik untuk di hayati.
“sambutan ini boleh diadakan tapi ia perlu diawasi dan diperjaga agar sambutan ini tidak tercemar dengan kegiatan yang tidak membawa kepada penghayatan Sirah nabi,dan kandungan program-program juga perlu ditekankan yang berbentuk mengenali nabi…”
Baca artikel ini seterusnya…

Mac 19,2008 at 4:36 pm
ambil gambar cantik-cantik, share kat sini
Mac 19,2008 at 4:38 pm
InsyaAllah..
Mac 19,2008 at 9:41 pm
Alhamdulillah rasannya Maulidur ini aku sempat menempuhnya. InsyaAllah! Tahniah kerana paparan blokmu berubah lagi. Nampak ceria kan!
Mac 20,2008 at 6:51 pm
Salam Maulidurrasul, selawat dan salam keatasnya.
Mac 21,2008 at 9:10 am
emm, nak tanya blh?? thn nie ulangthn Nabi yang keberapa??
Mac 21,2008 at 1:24 pm
izrittzz : Terima kasih.
tok mudin : Salam
fiqa : Saya tak berapa pasti. Tetapi jika mengikut perkiraan buku Sirah Nabawiyyah s.a.w tulisan Safiyyu Al=Rahman Al-Mubarakfuri, nabi Muhammad di lahirkan pada pagi Isnin, 9 Rabi’ul awal bersamaan 20 atau 22 April 571M. Jika hari ni kita berada dalam tahun 2008M, berapa agaknya umur nabi sekarang? Atau kita menyambut ulangtahun kelahiran nabi ke berapa? 1537, mungkin!
April 3,2008 at 8:58 pm
emm.. gambo tu ada dust…
April 4,2008 at 10:19 am
Rasso. Ya, ada dust. Malas nak bersihkan. Entah filter yang berhabuk atau cermin hadapan kereta yang tak dicuci.
*ambil dari kenderaan yang dipandu agak laju.