Multaqa Alumni Sedunia Al-Azhar telah berakhir. Hal itu tidak akan diulas dengan banyak di sini. TV3 dan Bernama telah melakukan sebaiknya tugas melaporkan perjalanan persidangan selama ia berlangsung.
KLCC (Pusat Konvensyen Kuala Lumpur) juga memainkan peranan yang baik sebagai sebuah tempat persidangan yang lengkap dan baik dengan kemudahan yang bertaraf dunia.
Pintu masuk utama KLCC mempunyai fungsi sensor. Mudah kan? Penyambut tetamu tidak perlu membuka pintu untuk membolehkan tetamu atau pengunjung memasukinya. Hanya berdiri depan pintu, pintu akan terbuka dengan sendirinya. Teruja kan?
Tetapi entah mengapa, hari ahad yang lepas seorang perempuan yang comel telah menjadi mangsa. Dia terlanggar cermin pintu itu. Bahagian bucu. Sehingga dia jatuh terduduk dan pitam.
Selain pintu utama yang mempunyai fungsi ’sensor’ atau penderia itu, KLCC juga dilengkapi dengan tandas yang cantik, bersih dan berteknologi agak tinggi (pili paip dan mangkuk tandas).
Pili paip di sinki mempunyai fungsi sensor. Tak perlu pulas atau tekan. Hanya letak tapak tangan di bawah pili paip, dan air akan keluar. Teruja kan?
Mangkuk tandas sensor pula memang sudah banyak di gunakan di hotel-hotel besar di Kuala Lumpur. Pengepam tandas akan mengepam tandas sebaik sahaja kita ‘melepaskan hajat’. Tidak tahulah bagaimana cara sensor bertindak. Mungkin berdasarkan objek yang dibuang atau sensor berfungsi sebaik sahaja kita bangun dari mangkuk tandas itu.
Yang tidak menariknya, paip untuk mencuci hadas atau beristinjak, tidak disediakan di bahagian sisi seperti biasa-biasa. Paip pencuci itu ada di dalam mangkuk tandas. Maknanya, apabila kepala paip dipulas, air akan memancut dari dalam mangkuk tersebut dan terus mencuci ‘anu’ kita.
Hal ini amat mendukacitakan wanita yang sedang dalam keadaan ‘merah’ (datang haid). Bagaimana caranya untuk mencuci tuala wanita?
Makcik-makcik juga selalu merungut tentang tandas moden yang digunakan di hotel-hotel terkemuka ini. Pernah sekali, di Hotel Grand Season, seorang makcik melatah sambil melompat di dalam tandas apabila air dari pili paip di dalam mangkuk tandas memancut dengan laju sehingga membasahkan sebahagian pakaiannya dan membasahkan lantai di luar tandas kecil itu. Lucu dan kasihan.
Jika mengikut hasutan prejudis dan pemikiran yang sempit, saya selalu kata bahawa ini juga salah satu agenda Barat dalam menyusahkan atau menyesatkan umat Islam.
Kerana apa?
Kerana dalam Islam tandas bukanlah tempat yang baik yang memerlukan kita duduk lama-lama di dalamnya. Islam juga mengasingkan tempat mandi dan tempat membuang air. Mencuci dengan sempurna selepas membuang air juga dituntut dalam Islam.
Namun, Apa yang berlaku, teknologi moden yang kebanyakannya diperkenalkan oleh barat menunjukkan ciri-ciri yang bertentangan dengan Islam.
Mungkin ini adalah contoh teknologi-teknologi yang perlu di saring oleh masyarakat Islam. Bukankah Malaysia negara Islam? Bukankah ini negara kita, jadi kita berhak menentukan spesifikasi apakah yang perlu di bawa oleh hotel-hotel begini untuk kegunaan masyarakat yang datang ke negara ini atau masyarakat tempatan sendiri. Kita berhak sebenarnya.
Multaqa berakhir dengan baik. Tiada komen dari delegasi luar tentang kemudahan dan prasarana yang terdapat di KLCC.
Cuma berdasarkan borang soal selidik, ketidakpuasan hati hanya berkenaan dengan kertas kerja, pembentang, penterjemahan dan juga pengurusan masa yang agak kelam kabut. Itu kelemahan yang perlu diperbetulkan oleh penganjur sendiri iaitu kerajaan Malaysia dan agensi di bawahnya yang terlibat.
Hari itu, Ahad, 17 Februari, KLCC gempar dengan kemalangan yang berlaku di pintu utama KLCC yang mempunyai fungsi sensor.
Seorang perempuan comel yang didakwa petugas Multaqa Alumni Sedunia Al-Azhar telah cedera di bahagian dahi kerana melanggar pintu utama yang mempunyai fungsi sensor.
Kejadian di dakwa sebagai suatu ketidaksengajaan atau kemalangan, dan bukannya kesilapan teknologi sensor itu.
Mangsa telah dibawa ke bilik rawatan dan menerima beberapa biji panadol untuk melegakan rasa pening dan pitamnya. Mangsa juga telah di bawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan lanjut.
Februari 19,2008 at 2:04 pm
ermmm… petugas tu mesti cik bayan..
alahai~
Februari 19,2008 at 4:30 pm
Nasib baik dahi. Kalau hidung boleh menyebabkan bengkok tu…
Februari 19,2008 at 9:02 pm
hahahahahhah puan kena ya….
Mak dan abah masih memegang perkara itu. Tandas dan tempat mandi diasingkan. Tidaklah kita terpijak sesuatu yang kita kata tidak bersih, semasa mengambil air sembahyang kan….
Februari 20,2008 at 4:17 am
assalamualaikum..
“Jika mengikut hasutan prejudis dan pemikiran yang sempit, saya selalu kata bahawa ini juga salah satu agenda Barat dalam menyusahkan atau menyesatkan umat Islam..”
saya tak rasa begitu, yang saya alami sekarang ini di Barat, saya dapati sistem yang digunakan amat Islamik, (termasuk tandas, adanya aplikasi istinjak dengan menggunakan tisu,atau kertas atau bahan yang kesat) (dan juga menggunakan air), b dan saya rasa ianya menjadi hingar bingar dan celaru kerana aplikasi penggunaan yang betul tidak diketahui dan difahami oleh pengguna( dalam hal ini makcik tersebut).. mungkin salah kita/pihak pengurusan tandas kerana tidak menyediakan manual penggunaan tandas moden.
tandas di barat saya dapati lebih baik dan lebih bersih, kering dan tidak berair sepertimana di Malaysia. Attitude pengguna pengguna tandas di Barat (di tempat saya) juga amat menakjubkan, mereka menyediakan di setiap tandas awam mereka poster dan kaedah pencucian tangan yang efektif dan bagus, juga menceritakan bahaya salmonella dan segala macam wabak yang lain.
tidaklah saya dapati ini sebagai satu agenda Barat yang negatif, yang saya lihat ianya lebih kepada masalah aplikasi penggunaan teknologi yang rata ratanya kaum kita di Malaysia tidak terdedah sangat.
Juga suka untuk saya nyatakan kepada para pembaca sekalian yang sistem di Barat adalah Islamik. bermula daripada peraturan jalanraya yang sunnah–kekananan- sehinggalah ethics(dalam Islam ialah akhlak) menghormati pengguna jalanraya yang lain yang rata ratanya tidak saya dapati di Malaysia.Yang tidak Islamik ialah orang orangnya, yang tidak beriman. Andaikata mereka memiliki iman, pasti kita akan malu semalunya..
dan suka juga untuk saya nyatakan bahawa dalam process the Founding Fathers of America, menubuhkan negara mereka, ( namanya Jefferson) mengkaji peradaban Islam dan banyak menceduk elemen elemen Islam, buktinya di Library of Congress, masih terdapat al Quran yang dibaca oleh Jefferson dan kini tersimpan di sana, di dalam cermin.. dan buktinya Senator Keith Ellison, menggunakan our HOLY QURAN untuk mengangkat sumpah sebagai senator di Congress.
Wallahu alam.
Februari 20,2008 at 10:53 am
Ada orang (tak ingat sapa dia) pernah kata yang dia “jumpa Islam di Barat, tapi tak jumpa Muslimnya, jumpa Muslim di Timur, tapi tak jumpa Islamnya”…
Ai, perempuan comel yang kemalangan tu sapa dia ya? Macam teringin nak tau ja sapa dia tu, hoho…
Februari 20,2008 at 11:10 am
Saya sudah mencadangkan mangkuk-mangkuk tandas dan kemudahan dalam tandas diperbaiki pada Kementerian Jamban. Kenapa tak diubah ya? Khususnya di hotel-hotel. Masalah bagi saya. Kekadang habis basah seluar. Patutnya Dasar Jamban perlu ada. Huhu..
Februari 20,2008 at 11:47 am
rasso : saya? eh mana ada la…..hahahaha
jowopinter : hidung jawa memang comel. bayangkan…hidung itu bengkok. Tapi nasib baik bukan hidung.
azhar : ya, dan menyedihkan bila hal ini diungkap oleh peserta seminar semasa di hotel grand seoason. tempat mengambil wudhu tidak sempurna.
admin : apa pun, kita harus berhati-hati…dengan mereka dan diri kita sendiri. sudah banyak bukti mereka menguasai ilmu islam untuk kepentingan mereka, dan bukannya untuk kompromi.
saladin : ya, saya juga pernah dengar ungkapan itu. realiti. perempuan comel yang dahinya biru sikit tu? ohhh, nanti saya katakan padanya ramai yang prihatin [sambil tergelak] kepadanya.
ahtok : cadangan akan di luluskan dalam beberapa waktu sahaja lagi… hahahha, tapi selepas itu, cadangan itu akan di masukkan dalam senarai menunggu.