Apabila pemandu kereta Wira di belakang kamu memotong dan terus mengambil tempat letak kereta yang telah kamu sasarkan untuk meletak kereta, maka kamu berhak marah.
Kamu katakan dia pengkhianat. Atau lebih baik jeritkan sahaja ‘bangsat’ kepada golongan yang begini. Walaupun dalam hati.
Kamu tanya kepada hati. Atau lebih tepat kepada Tuhan, “kenapa ada orang yang berperangai begini“.
KOMA
Apabila ada seseorang yang memalukan kamu, dengan rasa marah, kamu melabel dia sebagai pengkhianat. Dia memang pengkhianat walaupun dia adik kamu sendiri.
Kamu marah dia. Mungkin juga kamu boleh memberi tamparan di wajahnya. Atau menghalau dia dari pandangan matamu. Ataupun meluputkan dia dari hidupmu.
Kamu kata, “Kenapa dia sanggup buat begini sedangkan dia juga anak bapa dan ibu kamu”. Hey, darah kamu sama!
Kamu masih tertanya, mengapa kamu temui pengkhianat itu, mengapa kamu rasa dianiaya sedangkan dalam doa kepada Tuhan yang Satu, kamu selalu meminta :
“Ya Allah, jadikanlah aku orang yang takut kepadaMu, sehingga seolah-olah aku melihat Engkau. Dan berilah aku kebahagiaan dengan takwaku kepadaMu, jaanganlah engkau jadikan aku sebagai orang yang tertolak disebabkan maksiatku kepadaMu, jadikanlah aku rela dengan segala ketentuan-ketentuanMu, berkatilah apa yang telah engkau berikan kepadaku, bantulah aku daripada orang-orang yang menganiayaiku….”
Tiba-tiba, bisikan halus itu datang lagi. Datang seperti biasa, ketika kamu rasa kamu tidak harus berhadapan dengan segala musibah yang pelbagai.
Bisik-bisik halus itu berkata;
“Tuhan sengaja mencipta musibah buatmu, agar kamu dapat memperkuat imanmu dan peribadimu, Tuhan sengaja memberi sedikit kesedihan dan kemarahan buatmu sedangkan kamu sendiri melakukan hal yang sama kepada Tuhanmu. Tuhan sedih dan marah kepada kamu atas dosa-dosa dan kelekaan yang kamu lakukan kepadaNya. Dia, Tuhan yang maha Pengasih hanya beri sedikit sedih dan sedikit rasa marah dihatimu.”
“dan Tuhan kamu tidak pernah bertanya mengapa kamu menjadi pengkhianat pada diri dan agamamu sendiri”…

Februari 11,2008 at 11:28 am
salam cik bayan…
sabar ajer lah…tapi situasi yang pertama tu memang selalau menggelegakkan kan rasa amarah saya..ialah mana tak sakit hati…lama dah menunggu orang dok ciluk…..huhuhhu
Februari 11,2008 at 1:35 pm
Salam
Saya mengelar manusia seumpama itu bebal. Bebal seperti tafsiran Syed Hussein Alatas itu.
Februari 11,2008 at 4:27 pm
Kalau kita berada dalam cerita arahan Yusuf Haslam era 80an dulu, kita akan kata pada orang itu “Binatang!”, sambil berebut² pistol.
Berebut punya berebut, tetiba akan terbunyi ledakan dari pistol tersebut.
Kesudahannya, samada kita atau dia yang akan tertembak di perut, muahaha!
Februari 11,2008 at 6:01 pm
tetiba je aku rasa insof.. kui3.
Februari 11,2008 at 9:45 pm
me insaf dgn kelemahan dirime yg inih..
Februari 12,2008 at 11:47 am
tulisan yang mengesankan…
Februari 12,2008 at 12:24 pm
Kedua-dua peristiwa di atas, membuatkan saya hilang pertimbangan sebagai manusia. Pengkhianat yang mencuri tempat letak kereta dan juga adik perempuan yang mendidihkan darah saya. Saya sangat marah. Tapi saya tahu ada dosa saya sendiri yang tuhan mahu ingatkan pada saya. Seolah-olah terngiang di telinga tuhan berkata, ” ini cuma balasan yang kecil kepada kamu kerana kamu melakukan dosan yang besar“.
de-kerinchi : Banyak perkara di sekeliling yang boleh musnahkan iman dan redha kita.
jowopinter : Pelbagai gelaran kita boleh tempelkan kepada golongan begini, tapi bolehkan mengubah mereka? Selalunya untuk puaskan hati kita je kan?
saladin : Situasi yang dibuat-buat dan realiti. Mana yang lagi menakutkan? Sekarang ini rasanya yang mustahil telah berlaku, bunuh membunuh hanya kerana hal kecil. Nafsu amarah, wahhh besar kesannya!
affuan dan en_me: Alhamdulillah, Tuhan sayang encik berdua dan kita semua.
ack : Terima kasih sudi singgah. Alhamdulillah juga memberi kesan pada encik walau kecil.
Februari 12,2008 at 5:49 pm
sebenarnya tuhan sedang mengajar kita erti bersabar…
Februari 13,2008 at 12:31 pm
Terbuka minda saya bila baca karya ni. Terima kasih…
Februari 13,2008 at 2:04 pm
anakkawi : ya…tuhan sengaja beri sesuatu untuk kita dapat sesuatu.
azhar : alhamdulillah. Ini cuma secebis kisah kecil.
Februari 13,2008 at 9:11 pm
carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga.
“apakah balasannya kepada orang yang memuliakan kamu?” tanya murid Ming Ze.
“dengan memberikan dia kasih sayang!” kata Ming Ze.
“apakah balasanya kepada orang yang menindas kamu?” tanya murid Ming Ze.
tak ingat dah scroll ni. dah lama sangat dah.
“dengan memberikan dia kasih sayang!” kata Ming Ze.