Encik Musnaz, entah kenapa dalam ramai-ramai orang, saya juga yang kena. Tapi tak mengapa, saya cuba jalankan tanggungjawab ini walau mengambil masa yang lama dan pening kerana tag yang diberi sukar dijawab. Ya, sukar dijawab kerana saya menganggap semua manusia mempunyai kelemahan.
Apa superpower idaman anda? Sila pilih satu jek!
Saya ingin memiliki kebijaksanaan dan keberanian untuk mengikut gerak hati. Maknanya berani tanggung risiko, percaya pada diri sendiri dan berjiwa kental.
Apa Siapa superhero atau watak yang mempengaruhi pilihan ko itu?
Mulan
Kenapa atau untuk apa superpower itu yang anda pilih?
Mulan menjadi kebanggaan kerana menyelamatkan negara dari musuh dengan kebijaksanaan dan keberaniannya. Tindakan secara spontan yang mengikut gerak hati juga memerlukan kepercayaan yang tinggi kepada diri sendiri. Tidak ramai yang memiliki rasa percaya pada diri sendiri.
Kelemahan superpower anda. Wajib ada!
Cembeng [mudah menangis]
Nama anda sebagai hero apa?
Bayan [ha ha ha ha]
Motto anda sebagai superhero?
Enjoy your life [Nikmati hidup sebaiknya]
Sebarkan tag ini kepada 10 member rakan yang lain. Kalau tak mampu, 5 pon pun ok!
7 sahaja .
Sekian! Saya tahu encik Musnaz mesti tak puas hati dengan jawapan saya. Tapi nak buat macam mana? Memang saya tidak menilai manusia sebagai superhero kecuali Nabi Muhammad s.a.w yang mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tiada tandingan.
Oh ya, suatu waktu dulu, semasa di sekolah menengah, saya memuja Tun Teja, sebagai wirawati yang berani dan mengagumkan. Sebab itu lah, saya gunakan tejamanis untuk e-mail dan sebagainya. Itu dulu.


Januari 31,2008 at 11:48 am
idola aku = sarjan sauders ha ha
Januari 31,2008 at 12:02 pm
Saya tahu tu. Entah apa la istimewanya. Menyesal tak tag encik naga.
Januari 31,2008 at 2:11 pm
Ahahaha, lama tak dengar perkataan ‘cembemg’ tuhhh
Januari 31,2008 at 3:15 pm
Terima kasih pada RTM2, kini baru kutahu siapa dia SARJAN SAUNDERS tu, haha! Memiliki kuasa stereotaip pada setiap hero dalam tentera: orang jahat tembak tak pernah kata nak kena!
Januari 31,2008 at 5:24 pm
[...] Aku kena tag dengan Bayan [...]
Januari 31,2008 at 10:59 pm
adusss….
Februari 1,2008 at 8:21 am
nah, ni dia SUPERRRPOWERRR.. kekangan masa
Februari 1,2008 at 8:32 am
pergh… memang best cara bayan layan tag nih… respek sama lu! siap betulkan tatabahasa yang tak tahan tu, ke ke ke… (tapi ia menjadikannya unik di samping mengekalkan prinsip penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam blog ko nih, cool)
cayalah bayan!
*yang bestnye tengok orang layan tag kita ialah karakter yang diketengahkan dalam menjawab tag tersebut. Unik!
Februari 5,2008 at 11:47 pm
[...] suatu pagi yang hening, aku mendapati diriku ditag oleh Kak Bayan Budiman. Tajuknya? Ahha, superhero, atau bak kata orang Jepun, suupaa [...]
Februari 9,2008 at 8:49 am
[...] musim bunga. Nikmati dengan BAIK. Anyway, saya telag mengetag anda, jika ada masa jawab ye. TQ http://psittacula.wordpress.com/2008/01/31/tag-superhero/ Jan 31, 10:42 [...]