Kusut. Itu jiwa-rasa saya ketika mengetahui kes kehilangan kanak-kanak ini. Mungkin juga masyarakat dan pihak polis juga sedang ‘kusut’ memikirkan kemana hilangnya gadis kecil ini.
Tetapi, saya percaya keluarga mangsa bukan sahaja ‘kusut’ malah bimbang-kecewa-sedih-takut-marah-geram dan sebagainya turut menguasai diri mereka. Bayangan-bayangan liar Nurin dan kanak-kanak yang menjadi mangsa sebelum ini juga pasti menghantui siang dan malam keluarga mangsa.
Tak perlu lagi menuding jari dan rasa kepada siapa-siapa pun. Nak salahkan ibu bapa? Atau polis yang sebelum ini diketahui tidak dapat menyelesaikan kes Nurin dengan berkesan? Atau masyarakat yang kurang prihatin dengan persekitaran masing-masing?
Dari satu sudut yang difikirkan oleh golongan sosialis atau pencinta hak kemanusiaan [humanist] sudah pasti persoalan yang dilontarkan ialah kenapa Sharlinie? Dia cuma gadis kecil yang ingin menikmati zaman kanak-kanknya dengan manis. Dia tidak berdaya. Dia penghidap asma.
Jika orang yang menculik sengaja melarikan kanak-kanak itu dengan tujuan sekadar main-main, kamu memang GILA dan tidak harus hidup dalam masyarakat.
Jika yang menculik si kecil berniat jahat ingin mencederakan atau melakukan hal yang tidak sepatutnya, kamu memang sangat GILA dan tidak seharusnya hidup di dunia.
Kenapa tidak sahaja kamu memilih sang pelacur yang bersepah di dunia ini ataupun gadis liar yang sememangnya rela diperlakukan apa sahaja? kenapa kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa yang menjadi pilihan?
Semoga kehilangan kanak-kanak ini tidak mengheret kepada suatu hal yang serius. Sebagai masyarakat, bantulah apa yang kita mampu walaupun hanya sebaris doa agar Sharlinie di kembalikan atau pulang dalam keadaan yang selamat dan baik-baik sahaja. AMINN…..

Januari 11,2008 at 2:20 pm
Hanya beberapa minit hilang dari pandangan ayahnya, Sharlinie dah hilang… Selamatkah Malaysia?
Januari 11,2008 at 3:00 pm
saya teramat bimbang…
Januari 11,2008 at 3:38 pm
Masyarakat kita, bahkan satu dunia ni, tengah “sakit”. “Sakit” yang sangat tenat. Itu saja jawapan paling “logik” untuk persoalan “kenapa” tu.
Yang polis kita ni pun satu hal, reti buat kerja ka atau tak reti nih? Adoi, kalau depa tak reti, kepada sapa lagi kita nak harap nak jaga keselamatan kita semua? Takkan nak kena ada hero vigilante ala BATMAN pulak kot nak banteras jenayah ni?
Januari 11,2008 at 6:45 pm
batman pakai spender aja tak betul (pakai kat luar)… ada hati nak selamatkan orang
Januari 12,2008 at 12:18 pm
Takut ah aku nak keluar, takut kena rogol. Kui3. Bangang tol la yg culik tuh! Dah la pompuan.
Januari 12,2008 at 1:46 pm
Diorang ni nak culik anak buat apa a? Tak pulang2 lak tu. Kalau dulu culik anak orang nak mintak tebusan…
Aku rasa ada sindiket a…Pelacuran kanak2, Jual organ, xtau la,aku bukan pandai sgt. Polis kene siasat benda ni!
Januari 13,2008 at 1:40 am
Maka inilah persoalan yang paling besar:
“Bolehkah kita mengharap pada polis?”
Mari kita menyorot kejayaan mereka dalam kes lalu ketika berjaya menemukan kembali… erm… oh lupa pulak, mana ada! Hah!
Januari 13,2008 at 9:25 am
Apabila manusia mengejar dunia yang sementara mereka lupa pada ALLAH yang Maha Pencipta. Bila mereka ditimpa musibah barulah mereka tersedar bahawa mereka masih punya Tuhan . Ingatlah di negara kita (tak payah tengok negara orang) semakin ramai yang cuba menjauhkan diri dari ALLAH, lalai dalam tanggungjawab kepada ALLAH, leka dengan hiburan melampau, memuja artis melebihi batas, makan tidak kira halal haram, bersih atau sebaliknya, solat ikut suka, mementingkan diri dan ini semua mengundang KEMURKAAN ALLAH. Perlulah diingat setiap apa yang terjadi dalam negara kita hari ini masalah jenayah, rogol, bunuh, culik, masalah sosial dan tertindasnya umat MELAYU dan ISLAM adalah kerana musibah dan bala dari ALLAH. Oleh itu kita perlu kembali kepada fitrah dan menjulang martabat ISLAM
Januari 13,2008 at 5:00 pm
Salam kak bayan,
Sedih dengar berita ini, risau dengan keselamatan di sekeliling kita…
Bagi saya, polis buat kerja yang terbaik… dan kita sama-sama membantu mereka..
Doa saya, semoga adik sharlene balik dalam keadaan selamat….
Januari 14,2008 at 7:56 am
sungguh syaitan nirrajim org itu
Januari 14,2008 at 8:55 am
sama2 doakan dia supaya selamat pulang kepangkuan keluarganya…jangan jadikan dia nurin kedua kesian dia….
Januari 14,2008 at 1:21 pm
aiii…apa nk jadi dgn nagara kita skarang….kes culik lagi…..aku takut jadi mcm adik nurin jer….
mgg syaitan org yg culik tu….kalo dpat org tu ikat dekat tiang lampu tgh jalan…pastu biar org ramai tgk…..sambil2 tu baling batu….fuhh…geram plak rasa…
apa2 pn sama-samalah kita mendoakan agar adik sharlene dapat pulang ke pangkuan keluarga dln keadaan yang selamat….mintak2 prkara yg menimpa adik nurin tidak brulang……………..,
Januari 14,2008 at 2:11 pm
tapi kan, kenapa penjenayah2 ni selalu terlepas eh?
Januari 15,2008 at 4:43 pm
Why don’t the Rela or Rukun Tetanga team help it out besides police(they can search at their own arrear ).What Nurin’s dad commented is 100% correct . Police should proceed immediately searching in every house rather than wasting time at highways.
Januari 16,2008 at 11:21 am
vanesha : Seperti apa yang saya baca melalui akhbar, memang RELA dan Rukun tetangga sedang melaksanakan tugasnya dalam membantu mencari Sharlinie. Polis cuba sedaya yang boleh….saya percaya hal itu (60%) hehhehe…
Dan lagi, jumlah wang yang ditawarkan mencari Sharlinie mencecah RM100,000…
Januari 22,2008 at 5:26 pm
erm,dulu nurin,skang sharlinie,pasni sape plak??
owg yg amik 2 pon 1,wtpe amik ank owg,da la 2,stakat nk seksa dak2 tu wtpe..
ntah pape ntah..
polis plak,wt keje cmne?
xkn kes nurin dulu x beri kesan kt dowg?
mak bpk pon 1,da taw ade kes nurin dulu,xjd ikhtibar.
ank2 tu tgk 24 jam…ajak main dlm umah je.
xpyh kua..wtpe kua kt tmn mainan 2..
belikn je mainanmain dlm umh..
pd masyarakat kite yg pndg sbelah mate je,xtringin ke bukak luas2 dua2 mate anda??
Januari 23,2008 at 3:25 pm
“polis plak,wt keje cmne?
xkn kes nurin dulu x beri kesan kt dowg?”
cik ika, saya rasa polis sedaya upaya mengesan adik sharlinie yang hilang tanpa petunjuk malah meminta masyarakat menolong sekali dlm mencari adik sharlinie namun ada jg yg merumitkan keadaan dgn memberi maklumat palsu…
seperti kes2 yg lepas yg melibatkan kehilangan adik-adik kecil ni, mmg payah hendak dicari walaupun menggunakan pihak yg lagi mahir.contohnya kes kehilangan Madeleine McCann di portugal yang menggunakan pertolongan FBI dan Interpol tetapi masih juga tidak dijumpai…
jadi dalam kes ni,kita tidak sepatutnya mengharapkan satu pihak sahaja, malah kita semua rakyat mesti berkerjasama dalam mencari adik Sharlinie…
Oktober 26,2009 at 11:09 am
kalau korang nak sharlinie bagi aku 8juta …..