Ramai blogger yang mengambil kesempatan menulis dan mengulas tentang beliau seperti en. romantis, KNB, Shagrasyiid, pembebel, smsmen , jimadie dan banyak lagi.
Masing-masing mempunyai pendapat. Ada yang memberi respon matang dan ada juga yang melatah tak tentu pasal. Yang pasti, si pesalah hanya tenang dan tenang.
Moral. Itulah kata kunci yang memakan diri Chua Soi Lek.
Sebenarnya teknologi banyak membantu kita mengenal akhlak dan peribadi pemimpin. Skandal seks seperti ini telah menghiasi dunia teknologi kita apatah lagi dengan kehadiran internet yang sebarannya tanpa sempadan. Jika bukan pemimpin pun, rakyat jelata ramai yang dah terkantoi semasa berasmaradana secara haram.
Hal ini tidak menjadi kudis kepada mereka yang buta nilai moral. Asmara-asmara haram itu tetap berlaku. Malah lebih banyak dan banyak. Tanpa mengira umur, latarbelakang atau pangkat.
Mungkin juga kerana hukuman ke atas pelakon asmara ini tidak ketat, maka ia bercambah dari hari kehari ‘bagai cendawan tumbuh selepas hujan’. Tidak pula pernah kita dengar pelakon asmara DVD dan melalui sebaran video di internet disula, direjam atau hukuman lain yang memberi keinsafan, bukan sahaja kepada mereka tetapi orang lain. Padahal, kalau nak ikutkan, jelas kita nampak wajah-wajah yang melakukannya. Mudah bukan nak mencari sekurang-kurangnya 4 saksi untuk melaksanakan hukum Islam itu? [hanya untuk pelaku seks haram yang beragama Islam]
“It does not guarantee anything. Some people are lucky not to get caught.” kata Chua Soi Lek.
Januari 4,2008 at 2:25 pm
Bayan sihat?
Januari 4,2008 at 2:27 pm
sihat encik KNB..wahh…wah…
Januari 4,2008 at 2:58 pm
Biasalah sandiwara semasa….. Hummm… saya terkecuali. Tak sukalah dengan politik yang macam-macam tu…
Januari 4,2008 at 7:00 pm
mmm… tak mudah nak cari saksi 4 orang tu sebab antara kriterianya ialah tidak fasiq atau tidak berada dalam keadaan fasiq… orang islam yang solat tak cukup 5 waktu dah termasuk dalam golongan tu… so tak boleh jadi saksi
kita tak payah risau chua soi lek nak selingkuh dengan siapa2… tapi kita patut risau dan seriau tentang orang islam yang banyak selingkuh dengan setan dan nafsu duniawi sampai lupa kewajiban dan akhlak islam itu sendiri… tak payah jauh2, kita dan ahli keluarga kita sendiri
salah saya juga… sebab saya tak kuat iman berdakwah kepada mereka… salah saya…
Januari 4,2008 at 8:34 pm
bagus a artikel ni, lain drp lain
Januari 4,2008 at 8:51 pm
nak buat cam na kira rezeki negatif lah tuh
Januari 5,2008 at 9:17 am
Macam mana boleh kata bukan apa-apapun?
Diakan pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh tauladan kepada rakyat.
Kalau rakyat biasa tu lain la….
Kalau macam ni, belambak lagi orang yg lagi layak ganti dia memimpin.
Ni la masalah, kalau kaki zina jadi pemimpin negara, habih punah negara.
Januari 5,2008 at 11:20 am
nth apa2. nkth.
Januari 5,2008 at 1:32 pm
“Kalau rakyat biasa tu lain la….”
mcm menggalakkan rakyat biasa membuat seks bebas je…
Januari 5,2008 at 1:53 pm
Kalau kaki rasuah yang jadi pemimpin (yang tidak ditangkap) lagi punah negera tu…
Januari 5,2008 at 3:11 pm
bl la khairy nk d tgkp gini? he2. nkth.
Januari 5,2008 at 5:31 pm
“bukan ape2 pun” maksudnya bende tu biasa a bg diorang, cuma kantoi x kantoi je le… Sekarang ni byk masalah sosial (esp remaja & mahasiswa/i), mungkin sbb pemimpin pun tak betul, anak murid pun turut sama la yek..
Januari 7,2008 at 10:11 am
Ya…terima kasih kepada semua. Memang betul PEMIMPIN mencorak rakyat yang bagaimana. PEMIMPIN hari ini menghasilkan generasi akan datang.
Januari 7,2008 at 6:12 pm
Ternyata dia ni tak macam menyesal pun. Yang dia kesali ialah dia “rajin” dalam tugasnya, selalu melawat hospital (sementara Menteri Kesihatan lain pun tak pernah “turun padang” macam dia ni), dan begitu pula kesudahan kariernya.
Ya lah, tak nafilah dia tu rajin, tapi dia menyesal pula sebab dia anggap rakyat Malaysia ni “alim” sangat sebab tak maafkan perbuatan dia tu, sedangkan anak bini dia pun maafkan dia.
Dan dia menyesal sebab yang membuatkan aktivitinya tu kantoi adalah sebab dia buat di hotel yang sama.
Langsung dia tak kata dia menyesal sebab dia “terlanjur”. Hoho, apa punya manusiakah dia ini?
Januari 8,2008 at 8:19 am
yup, betul tu saladin. itu yang saya nak luahkan. Apa pun saya terpikat dengan pendapat encik romantis
“Apa tidak ada kemungkinan isterinya yang sebenarnya memasang jerat?”
Ini akibat jika kita memisahkan dunia dan akhirat. dan saya percaya, mereka [non muslim] juga memandang tinggi nilai moral dan akhlak.
Januari 8,2008 at 9:53 pm
Jika kes Dr.Chua didedahkan oleh parti DAP dan Keadilan akan lebih memberi kesan buruk kepada Barisan Nasional. Tapi didedahkan oleh pengedaran DVD dan orang yang menyebarkannya sudah ditangkap oleh pihak polis. Selain itu Dr Chua pun meletakkan jawatan dan saya rasa orang ramai tidak perlu lagi menimbulkan kes Dr.Chua lagi biarlah mereka merasa bahagia bersama orang yang tersayang iaitu isteri dan anak-anak beliau