Lagu Aku Mau yang di beri oleh seorang teman, menemani saya ketika menyiapkan artikel semasa Hari Raya Korban yang lepas. Lagu yang dimainkan sebanyak 14 kali dalam masa sejam itu telah saya ulang dengar selama sepanjang hari.
Seperti yang pernah saya katakan suatu waktu dahulu, lagu dari negara jiran memang puitis, tapi tak semua. sebenarnya memang agak lama saya tak menghayati muzik dari sana. Mungkin ada rasa kecil hati akibat pertelagahan yang berlaku dalam blog sendiri melibatkan rakan dari Malaysia dan negara seberang itu. Kata-kata mereka yang banyak menghina dari memberi teguran baik ternyata memberi pengaruh kepada saya. Saya budayakan diri dengan mendengar xfresh f.m [yang tidak memutarkan lagu dari negara seberang itu, tetapi mempromosikan konsert dewa 19….huh..tak faham saya). Juga klasik f.m yang memutar lagu-lagu irama tradisional, menjadi pendamping ketika saya berada di pejabat.
Berbalik kepada lagu Aku Mau nyanyian once, saya memang menyukai lagu itu. Lirik dan senikatanya baik. Perasaan suka ini juga mungkin pengaruh oleh perasaan yang dibawa oleh orang yang memberi lagu itu kepada saya.
Aku Mau. Tajuknya ringkas kan? Lagu-lagu dari Malaysia juga banyak yang menggunakan tajuk yang ringkas, juga puitis.
Aku Mau. Saya tanya pada diri sendiri apa yang saya mahukan dalam hidup. Dan seperti kebiasaan, mengira detik ke tahun baru menimbulkan pertanyaan yang streotype untuk semua orang.
APA AZAM TAHUN BARU? Apa yang kamu mahu lakukan untuk tahun hadapan. Sudah tercapaikah hasrat dan impian untuk tahun ini?
Saya cuma inginkan bahagia. Wahai jejaka, bahagiakan saya sebaiknya, sedaya dan semampu yang boleh kamu lakukan. Sekian, Terima Kasih.
Disember 26,2007 at 12:42 pm
lirik lagu aku mau sesuai utk cik bayan:-)mcm mn azam cik bayan tahun depan??mybe x sabar nk tggu tahun depan:-)
out of topic
ada x terima surat jemputan bengkel fotogarafi dr asfons?
Disember 26,2007 at 2:12 pm
hehehhe…dan hehehhee…tahun depan? biar betul…
surat jemputan dr asfons? saya rasa tak berminat lagi la nak ikuti bengkel asfons…ramai sgt.
Disember 26,2007 at 2:30 pm
mmg misteri cik bayan.jwpn pun hanya gelak je.hehehe
Disember 26,2007 at 5:33 pm
salam cik bayan…
wah bersemangat ker nak mengghadapi tahun baru…heheh
tapi harapan cik bayan ni ada sikit konpius…
Saya cuma inginkan bahagia. Wahai jejaka, bahagiakan saya sebaiknya, sedaya dan semampu yang boleh kamu lakukan….
apapun good luck dan semoga tercapai hasrat… murni mu…. insyallah
Disember 26,2007 at 5:48 pm
ya, dewa. rock band terhebat indonesia. siapakah yang mampu menafikannya?
Disember 26,2007 at 7:59 pm
Apa Mau? Ahahahahahahahha… Azam saya tunggu Muharram…
Disember 27,2007 at 3:10 am
apa mau…?? saya mau menghabiskan cuti ni dengan cepat…hehe
Disember 27,2007 at 3:42 am
bahagia sifatnya relatif, bergantung pada keadaan dan mereka yang menilainya..
jika diperhati dan di amati dengan teliti serta difahami akan iklan digi..aku bahagia bila habis kerja..aku bahagia bila bos tiada..
namun, bahagia terletak pada redha Allah..biarlah mereka membenci..
saya sama jurusan mata hati buta ini . setuju dengan azhar ahmad..tunggu muharam ..tapi tak salah kan.. everyday is a brand new day!!
Disember 27,2007 at 4:45 am
me pong mahu bahagia..
Disember 27,2007 at 8:29 am
yup, setuju ngan admin
Disember 27,2007 at 10:11 am
dekerinci – bahagia itu subjektif. setiap org ada kehendak masing-masing dalam hidup. dan selalunya apa yang diimpikan base on mahukan kebahagiaan. Harapan saya? Bahagia.
jimadie : betul ker?
azhar, admin, nickmenza, yginsaf : semoga kita bahagia hari-hari. amin.
zuriaf : kenapa nak cepat habis? ooohooo..ada yang menanti ek. semoga bahagia di tahun baru.
Disember 27,2007 at 7:41 pm
Aku CUME nak Happy..
selamat menutupkan tahun 2007 kepada cik bayan.