ISU pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris adalah perkara yang penting dan sering diperkatakan oleh warga pendidik terbabit secara langsung pada peringkat pelaksanaannya di sekolah.
Sejak dilaksanakan, banyak masa, tenaga dan wang ringgit dibelanjakan. Warga pendidik dikehendaki menghadiri kursus sebulan untuk memahirkan diri dalam penguasaan bahasa Inggeris, walaupun sebenarnya kursus berkenaan belum cukup untuk ‘melembutkan lidah’ kami….SELANJUTNYA
Sememangnya jelas, yang menjadi isu bahasa Inggeris tidak dikuasai dengan baik ialah bukan kerana sains dan matematik diajar dalam bahasa Melayu tetapi kerana bahasa Inggeris itu sendiri. Hal ini telah saya utarakan dalam blog saya sebelum ini. Dan di bawah ini pula cadangan atau pendapat guru tersebut.
Pengajaran bahasa Inggeris mesti diajar sebagai subjek tunggal dari segi nahunya, ayatnya dan stail bahasa berkenaan. Teknik pengajaran bahasa Inggeris harus dikaji, kurikulumnya harus diubah dan masa pengajarannya perlu ditambah.
Penterjemahan istilah bahasa Inggeris (merangkumi bidang sains dan teknologi dan lain-lain) juga harus dilakukan dengan telus dan baik. Lihat juga paparan ini [diambil dari blog ini]:
Penaiktarafan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di Malaysia [mungkin juga disetarakan dengan bahasa Melayu], menyebabkan rakyat Malaysia dan isi kandungan yang terdapat dalam negara Malaysia kucar kacir. Lihat sahaja laman wordpress ini [bukan niat nak kritik wordpress]. Jika penterjemahan bahasa Inggeris dibuat sebaiknya maka tak timbul keadaan begini :
Saya juga masih tertanya apa rasionalnya Salleh Yaacob menyanyikan lagu Melayu dalam bahasa Inggeris (broken) iaitu menterjemah satu persatu perkataan dan bukan melihat pada ayat. Hasilnya lagu itu rosak dan hilang nilai estetikanya. Bukankah bahasa Inggeris juga mempunyai nilai keindahan dalam berbahasa. Adakah Salleh Yaacob hanya main-main [just for fun] dalam hal ini?


Disember 5,2007 at 11:36 am
salam bayan,
heeheehee.. hasilnya, orang macam saya. lihat saja bahasa yang saya gunakan ketika memblog. anda fikir saya main-main bayan? tidak, sudah memang dalam diri saya. inshaAllah, saya tahu bila saya perlu jadi formal dan tidak mencampur adukkan kedua-duanya. hah kan, saya berbahasa melayu serima kasih sepenuhnya di sini. heee…. terima kasih bayan, anda banyak mengingatkan saya.
*eh, formal tu english word kan bayan?
Disember 5,2007 at 12:23 pm
puan Acciaccatura : mencampuradukkan BI dengan BM lain maknanya dengan memperkotak-katikkan BI dan BM. Apa yang saya lihat blog puan sekadar mencampuradukkan BI dan BM, dan apa yang puan sampaikan melalui campuraduk itu masih boleh difahami oleh pembaca. Dan blog merupakan media tanpa sempadan, tanpa sekatan atau halangan. Kita bebas menggunakan apa jua jenis bahasa.
Saya tak prejudis atau cauvinis terhadap individu yang menggunakan kedua-dua bahasa sama ada berasingan atau bercampur. Yang saya kesalkan ialah cacamerba dalam berbahasa (kesalahan nahu, tatabahasa dan juga sebutan). Sesekali puan dengar radio sinar f.m pada waktu pagi lebih kurang pukul 7-8 pagi dan dengarkan lagu hasil terjemahan Salleh Yaacob itu. Sangat menyakitkan.
Disember 5,2007 at 10:16 pm
nyusahkan aku je nak hapdate blog semalam. hehehehehehe
Disember 6,2007 at 1:02 pm
berbuih sudah saya cakap di blog KNIzam… Ini adalah projek komuniti.. Jadi siap-saiap sahaja yang buat. Apapun, kita tengoklah nanti…
Disember 7,2007 at 1:34 pm
wife saya yg sepatutnya mengajar Sains dalam BI pun bukannya bercakap BI pun, student tak paham sgt..
dapat elaun 5% drpd gaji lg heheh
Februari 2,2008 at 9:32 am
tah menda tah……….bodohnyer rse!!!
budak opis ak sumer cakap omputeh!!!!
ak je ckap melayu.
papepown “BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA”
Februari 4,2008 at 8:59 am
leha, kat pejabat saya, hari rabu dah di mestikan cakap bahasa inggeris. eleh!
Mac 25,2008 at 12:07 pm
Hi Bayan…
Saya dari Indonesia..
Dibanding Indonesia, penguasaan Bahasa Inggris orang Malaysia jauh lebih baik. Ketika kuliah di Leeds saya banyak berteman dengan orang Malaysia. Mereka kadang mencampuradukkan bahasa Melayu dengan Inggris jika berbicara. Dan seperti itu juga ketika saya lihat di TV beberapa artis malaysia atau politisinya waktu diinterviewed. Mungkin karena memang Malaysia pernah dijajah Inggris. Lain halnya Indonesia, walau pernah dijajah Belanda tetapi Bahasa Belanda bukan bahasa kedua di Indonesia. Bahkan sangat sedikit yang bisa berbahasa Belanda.
Sejak masih elementary school sampai universitas kita diajari mata pelajaran Bahasa Indonesia (pelajaran wajib)…
Tapi mulai beberapa tahun terakhir bahasa inggris jadi pelajaran wajib sejak elementary school…dan saya lihat perkembangannya sekarang Bhasa Inggris sudah mulai menjadi bahasa kedua di Indonesia…
Blog mu sangat menarik topik-topiknya..keep doing that!..akan sangat bagus kalo mengangkat juga topik negara jiranmu, Indonesia,seperti tentang ayat-ayat cinta atau diskusi Bahasa Malaysia dan Indonesia, dan lain-lain (cuma saran)….
Salam…
Mac 26,2008 at 8:08 am
daoes, Terima kasih sudi menjengah ke blog saya yang hanya picisan cuma ini.
Secara peribadinya, suatu ketika dulu saya bangga dengan Indonesia kerana ketinggian mutu persuratan bahasanya sangat kukuh walaupun pernah dijajah.
Malaysia, sehingga kini masih dijajah. Dari semua aspek seperti pendidikan, perundangan, sosial dan sebagainya.
Ya, bahasa Inggeris harus dipelajari, bukan di jadikan bahasa utama di Malaysia. Dan indonesia, juga bakal menerima nasib yang sama jika bahasa Indonesia itu tidak dipelihara sewajarnya.
InsyaAllah, jika punya kesempatan menjelajah Indonesia, saya pasti akan buat ulasan tentang negara itu.
April 9,2009 at 3:17 pm
bagus la boleh menambah pengatahuan
April 10,2009 at 4:08 pm
ilmu jangan tak ambil rugi tau