Saya temui hikayat ini di dalam buku Sari Sastera Lama untuk STPM dan disusun oleh Zainuddin Saad. Buku itu terdampar lesu dicelahan buku lain yang terdapat di rumah saya di kampung. Terdampar lesu bersama buku-buku lain yang kini telah saya bawa berhijrah ke kediaman saya di Kuala Lumpur.
Saya tidak pasti sama ada buku ini masih ada di pasaran atau terhimpun di dalam longgokan buku-buku lama yang saya sendiri tidak tahu di mana tempatnya. Di Kuala Lumpur, adakah tempat yang seumpama perpustakaan lama, yang menjual buku-buku lama? Sila beritahu saya jika ada, kerana jiwa saya mula mengintai-intai buku-buku lama yang terkandung di dalamnya persuratan Melayu yang tinggi nilainya. Itu Khazanah sebenar yang harus saya pelihara dan saya miliki.
Hikayat Bayan Budiman merupakan salah satu jenis hikayat berbingkai yang mempunyai cerita utama yang menjadi bingkai cerita. Di dalam cerita utama akan ditimbulkan watak yang akan bercerita kerana sesuatu tujuan. cerita-cerita yang dilafazkan oleh watak itu adalah cerita-cerita sisipan atau anak cerita.
Bingkai cerita dalam hikayat berbingkai merupakan pendahuluan kepada isi atau penghantar maksud kepada anak cerita atau cerita sisipan. cerita sisipan yang ada dalam bingkai vcerita ini membawa maksud menangguh atau melambat-lambatkan sesuatu perkara buruk yang bakal terjadi, selain menyampaikan ajaran moral melalui cerita-cerita kiasan atau sindiran.
Selain Hikayat Bayan Budiman, terdapat juga hikayat lain yang berbentuk cerita berbingkai seperti Hikayat Bakhtiar, Hikayat Kalilah dan Daminah, Hikayat Seribu Satu Malam dan banyak lagi.
Saya tidak akan kisahkan Hikayat Bayan Budiman di sini kerana kisahnya agak panjang. Jika berminat mengetahuinya, sila ke blog ini untuk menikmati HIKAYAT BAYAN BUDIMAN dan kisah-kisah klasik yang lain.
November 15,2007 at 12:22 pm
Bab bahasa persuratan melayu ni memang syok kalo baca… ayat yang berbunga-bunga dan banyak yang tersurat dan tersirat… ingat nak gi library la. nam pinjam buku-buka lama… hehehehehe
November 15,2007 at 1:42 pm
kipp : tak sangka generasi muda seperti awak masih minat siri sastera klasik. saya dah tak larat nak pinjam kat library memandangkan masa yang ada sangat sempit. kalau pinjam pun tertekan dan tak ada nilai, sebab baca dalam keadaan terpaksa. saya nak beli sbuku-buku lama. Cuba baca PATAH TUMBUH oleh Keris Mas – kumpulan cerpen.
cerpen di dalamnya menggunakan bahasa yang mudah, halus, menarik dan ceritanya sangat senang difahami, berkisar tentang permasalahan masyarakat. susah nak cari cerpen sebegitu sekarang.
November 15,2007 at 9:37 pm
Ada lagi hikayat berbingkai ni tak silap saya. Bagaimana pula dengan Hikayat Merong Mahawangsa…. Serasanya, berbingkai juga…
November 16,2007 at 8:17 am
encik azhar :hikayat merong mahawangsa tak termasuk dalam hikayat berbingkai. Hikayat merong Mahawangsa termasuk dalam jenis sastera sejarah, ketatanegaraan dan undang-undang. insyaAllah cerita ini akan saya masukkan dalam blog klasik saya.
Januari 15,2008 at 7:45 pm
assalamualaikum dan salam sejahteRA… sy igin meminta kebenaran untuk munggunakan artikel hikayat bayan budiman atas kegunaan peribadi semata mata, sekadar nasihat paling sempurna dari kawan untuk kawan yang lain… saya percaya perbuatan ini mendatangkan manfaat dan perkara yang mendatangkan manfaat, akan diredha ole Allah.. insyaallah…
kirimkan balas pada sy sekiranya pihak pemilik dan penulis blog berbesar hati membantu saya melakukan amal jariah… terima kasih..wasalam.
Januari 16,2008 at 9:16 am
Alhamdulillah, semoga apa yang dipaparkan boleh bermanfaat kepada sesiapa juga. Saya berbesar hati jika encik Mohd Shafiq ingin mengambil cerita tersebut.
April 21,2009 at 11:39 am
Assalamualaikum…
saya sebenarnya dah sekian lama mencari 3 buah buku kesayangan sy yg ntah ke mana menghilang.Selain drp hikayat bayan budiman, sy juga mempunyai hikayat bakhtiar dan 1001 malam.
Justeru, besarlah harapan kalo2 phk saudara blh berkongsi secara penuh isi kandungan hikayat ini dgn sy agar dapat dijadikan peneman sy yg berhati walang pd ketika ini.sudah tentu sy amat menghargainya. kerana apa yg dicari sudah ditemui kembali.
tq
April 21,2009 at 11:53 am
InsyaAllah, saya akan masukkan hikayat-hikayat lain di dalam blog klasik saya itu. Harap bermanfaat.
April 21,2009 at 12:30 pm
terima kasih. alangkah molek benar seandainya sy dapat memilikki sendiri buku2 ini sbgmana suatu waktu dahulu.
April 21,2009 at 12:49 pm
Cuba tanyakan DBP. Mana tahu ada versi terbaharu cerita hikayat begini.