Entri yang saya tulis sejak akhir-akhir ini bertemakan KOSONG. Atau dalam bahasa Inggerisnya ‘EMPTY‘. Entah mengapa terlalu banyak kekosongan yang saya alami semasa sambutan Aidil Fitri baru-baru ini. Mungkin kedewasaan mengajar saya supaya lebih peka dengan alam dan isinya.
KOSONG berdasarkan tafsiran saya adalah sia-sia dan tidak mempunyai nilai.
Sebelum ini saya menulis satu entri yang juga berkaitan dengan kosong iaitu jiwa yang kosong dan majlis kahwin yang kosong.
Senibina menurut Kamus Dewan adalah seni mengenai bangunan [penyediaan reka bentuk dan penyeliaan pembinaan bangunan].
Masa kini terdapat pelbagai bentuk senibina yang ditonjolkan serta dibina di Malaysia. Saya tidak akan mempersoalkan senibina-senibina yang besar dan megah yang banyak didirikan di Malaysia termasuklah masjid, bangunan pentadbiran ataupun bangunan – bangunan yang lain. Memang cantik tetapi nilainya kadangkala kosong.
Mungkin inilah yang perlu ditonjolkan di bandar-bandar besar demi menarik perhatian pengunjung dari luar negara. Mungkin senibina begini seharusnya diwujudkan di bandar besar agar terserlah kemodenan dan kemajuan sesebuah bandar di Malaysia atau di mana-mana negara besar sekalipun.
Teori saya ada kepincangan.
Bukan di bandar besar sahaja ‘kegilaan’ membina bangunan cantik dan besar dirasai malahan di daerah kecil dan kampung-kampung juga tidak kurang hebatnya.
Kampung saya merupakan sebuah tanah rancangan Felda yang menempatkan lebih kurang seribu hingga 1500 kepala/penduduk. Penyediaan dua buah masjid memang menyelesakan ditambah dengan beberapa buah surau kecil. Masjid itu pula sering diubahsuai dan dibesarkan mengikut keperluan setempat. Malangnya kurang aktiviti agama seperti kelas mengaji atau fardhu ain yang banyak manfaat kepada penduduk. Abah kata, kalau nak adakan kelas, kena mohon guru daripada pihak yang berwajib. Walaupun, di kampung memang ada guru yang ingin mengajar mengaji atau fardhu ain, beliau tidak dibenarkan menggunakan masjid sebagai kelas kecuali diizinkan oleh jabatan agama negeri. Dan proses itu sangat sukar.
Selain itu, kampung saya juga menempatkan kemudahan infrastruktur yang baik seperti sekolah [rendah, menengah, agama, tadika dan taska], balai raya, pejabat pengurusan felda, dewan serbaguna [ada dua buah yang besar dan jarang digunakan], bilik gerakan wanita dan belia yang kosong dan uzur, padang permainan kanak-kanak yang semak serta beberapa buah bangunan kedai yang terbiar kerana dibina di kawasan yang tidak komersial. Di kampung saya juga terdapat sungai dan jeram yang cantik serta dikunjungi ramai suatu waktu dahulu. Kini jeram itu terbiar, semak dan menjadi tempat maksiat muda-mudi dan pelajar sekolah.
Kalut dengan pemandangan begini di kampung sendiri yang suatu waktu dulu segala kemudahan hanya tangkap muat tetapi berbaloi dan bernilai buat kami. Sekolah agama berkongsi dengan masjid menjadikan penghayatan terhadap apa yang diajar lebih baik. Dewan serbaguna suatu waktu dahulu hanya sebuah tetapi cukup meriah dengan segala aktiviti seperti majlis perkahwinan Melayu dan India, pameran buku, pertandingan, sukaneka dam juga pusat bacaan yang sentiasa penuh dikunjungi penduduk.
Saya tidak menjangkakan yang indah dan baik-baik dari penduduk dan pihak pengurusan kerana saya semakin jarang pulang ke kampung. Penduduk kampung semakin pandai dan berani memilih hala tuju masing-masing dengan turut serta dengan ledakan teknologi masa kini. Di rumah masing-masing sudah ada astro yang memuatkan pelbagai bentuk hiburan tanpa perlu berkumpul mengeratkan silaturrahim seperti dahulu. Juga di rumah masing-masing sudah lengkap dengan permainan untuk anak-anak dari taman mini sehingga kepada permainan maya dan mereka tak perlu keluar rumah untuk bermesra dengan rakan sebaya atau jiran tetangga.
Itulah andaian saya mengapa dewan yang besar-besar dan semakin cantik yang disediakan oleh felda begitu sepi dan kosong.
Pemandangan terhadap bangunan yang sepi ini turut terbawa-bawa sepanjang perjalanan saya pulang ke Kuala Lumpur. Singgah di Ulu bendol, Kuala Pilah untuk menunaikan solat asar. Keluar dari kereta terlihat anak-anak muda kita sedang berhari raya di Ulu bendol yang menempatkan tempat mandi terbuka. Mereka bergelak ketawa, menjerit-jerit, memakai pakaian mandi dan berpelukan lelaki dan perempuan. Ohhh, di sini rupanya pasangan remaja kita berhari raya. Sungguh erat ’silaturrahim’ antara mereka.
Surau di Ulu Bendol merupakan salah satu contoh senibina yang kosong. Surau itu kecil. Hanya boleh memuatkan kurang daripada 10 jemaah. Bukankah ini kawasan rekreasi yang dikunjungi ratusan malahan mungkin ribuan orang?
Tempat mengambil wudhu bagi wanita juga sangat dikesalkan. Tempat wudhu itu bersifat terbuka. Bagaimana caranya bagi wanita muslim yang ingin mengambil wudhu tanpa membuka tudung?
Arah kiblat di dalam surau tidak kelihatan. Mungkin sudah dilarikan oleh sang cicak. Kedudukan rak menyimpan telekung dan sejadah juga tidak praktikal kerana terletak di hadapan orang yang bersembahyang. Biasanya rak itu membelakangkan kiblat agar jemaah lain yang ingin mengambil telekung tidak mengganggu jemaah yang sedang bersolat.
Aduhai, saya hanya membayangkan yang rekabentuk surau ini dan juga mungkin yang membinanya bukan beragama Islam.
Oktober 23,2007 at 3:36 am
sebagai photographer yang bertugas dlam jabatan warisan negara,pada saya seni bina kini amatlah jauh nilainya jika dibandingkan dengan dahulu.perbezaan teknologi dan ilmu pembinaan serta kepentingan dan nilai sesutu yang dihasilkan dahulu amat dititk beratkan.berbeza dengan kini yang lebih kepada mengejar masa dan fokus kepada ruang semata.bukan kerana fungsi dan tujuan sesuatu itu dihasilkan.
cik bayan boleh bezakan sendiri gambar masjid zahir di kedah yang saya beri dahulu, penuh dengan nilai keislaman itu belum dilihat dari kualiti bahan yang mengukuhkan binaan itu. jika cik bayan masuk kesana seolah berada di sebuah negeri atau dunia yang lain yang sudah semestinya terasa amat indah lagi bersyukur.
kelas agama yang bukan pada anak2 kecil semata tapi pada golongan yang sudah mencecah usia tua masih menggamatkan telinga dengan bacaan ayat suci Al-quran dan pelajaran fardhu serta banyak lagi ilmiah lain disitu.
tapi bukan itu yang ingin saya fokuskan.berbalik kepada nilai sesuatu yang dibina. binaan dulu lebih tahan lama malah beratus tahun.berbanding kini yang perlu dicat dan kadang-kadang bocor disana sini.
cintakan sejarah dan menghargainya adalh orang yang tidak lupa akan pengorbanan. kenapa lah orang sekarang berlumba bina rumah besar yang terpaksa dibantu oleh teknologi air-cond sebab terlalu panas sedangkan orang dahulu kipas tangan pun tidak diguna.
rugilah pada manusia yang merobohkan tinggalan nenek moyang dahulu. sebab itu saya pernah marah family saya kerana mengubah rumah dimana terpaksa membuang atap rumbia yang sudah tentunya dikala panas terik lansung tidak terasa bahangnya.
mujurlah rumah kayu asal masih berdiri gagah
oklah pada saya,semuanya bergantung pada individu itu sendiri untuk menilai sejarah secara keseluruhannya.
kemajuaan mengubah manusia tentang nilai yang lebih berharaga.
jangan lupa sejarah dan hayatilah.
ehh… dah lain i. ok,berjumpa lagi assalamualaikum cik bayan
Oktober 23,2007 at 3:44 am
terima kasih encik hasfa diatas pendapat itu.
Jika ingin berbicara soal senibina, memang banyak yang berubah. bukan senibina sahaja, malahan hampir keseluruhan aspek dalam kehidupan kita tidak mempedulikan soal nilai. akibatnya, kita menjadi hamba kepada teknologi moden sehingga generasi muda tak betah tinggal di rumah kampung tanpa air cond dan astro. sedangkan udara di kampung yang bersih dan pemandangan alam yang menghijau sudah cukup untuk menjadi ubat kepada jiwa yang kacau.
Oktober 23,2007 at 6:48 am
wow… tulisan yg menarik… saye pun lebih suka kepada senibina tradisional… kesenian lebih tampak berbanding keseniaan skang….
Oktober 23,2007 at 1:48 pm
kedatangan Diva kemari dengan hajat untuk bermukadimah seperti saudara dan saudari sekalian mulianya… Amboi bahasa, matilamak mak larikkk
Occay… masalah yang wujud itu sebagai contohnya :
“Aduhai, saya hanya membayangkan yang rekabentuk surau ini dan juga mungkin yang membinanya bukan beragama Islam.”
extracted dari perenggan terakhir; Pak Melayu Bumiputra dapat lesen kontraktor… kemudian lesen itu pula disewakan kepada kontraktor Cina… Mana taknya simbol Kiblat tak lari.
Macam simbol kiblat di Dewasiswa2 di USm… Tekun terutamanya, Mak bukan orang islamlah tetapi bila mak perhatikan simbol kiblat tersebut yang ada di setiap bilik macam berbeza kedudukannya, noks… dari bilik-kebilik!
Tak taula mak! (kah mak bukan islam, so kata orang, itu bukan hak mak itu menyibukkk)… orang lain pula tiada komen, selesainya sembahyang terus belajar!…
…. Soksek-soksek pasal seni bina, Mak paling kagum dengan seni bina rumah tanpa menggunakan paku yang mampu tahan gegaran gempa bumi seperti di Kepulauan Nias, rumah native peribumi di Borneo dan rumah pengaruh kolonial kaum melayu Sarawak!
Nostalgia gittew!
Oktober 23,2007 at 5:29 pm
ini kisah senibina bayan…
ini tidak kosong…
ini tidak sia² dan mempunyai nilai…
tapi tentang rekaan dan binaan tu…
aku setuju…semakin banyak bangunan yang hanya menjadi tempat tinggal makhluk ghaib…
Oktober 23,2007 at 9:17 pm
Lama tak jenguk Bayan.
Sehat?
Oktober 24,2007 at 12:51 am
palie : Saya pun suka senibina tradisional. Dan sekarang dah nampak banyak rumah di KL ni menggunakan elemen dari senibina lama.
Crown Princess Anouhea Audiya : Nama awak panjang. Saya sedar tentang fenomena ali baba itu. Berkenaan kiblat yang pelbagai arah tu, harap mereka yang beragama Islam sedar dan membetulkannya. Keunikan binaan lama seperti contoh yang anda beri memang tidak perlu disangkal.
tongah : Hehehhe makhluk ghaib yang selalu wujud dalam diri kamu ek? Anyway, memang betul…makhluk ghaib yang realiti dan fantasi wujud di mana-mana. Sebab tu la wujud rancangan seekers. hehehhehe…
KNB : Ziarah saya selalu ek. Saya tak menjanjikan apa-apa di blog ini cuma doa untuk orang yang datang bertamu. Kan melayani tetamu dapat pahala…
Oktober 24,2007 at 4:05 am
kosong, juga ada entiti…. dari kosong menjadi titik…titik menjadi garis baru menjadi bentuk…dan sekalian isi alam ….
Oktober 24,2007 at 5:44 am
hehehe…sebot pasal seekers ni…aku rasa bangunan² kosong yang terbengkalai tu kita boleh isikan dengan ahli² seekers…jadi tidaklah ia kosong lagi hehehe…
bolehkan cik bayan…
Oktober 24,2007 at 5:47 am
senibina kini lebih kepade tertumpu kemodeanan tanpa diselitkan nilai2 abstrak dan artistik..
pasal surau tersebut..buat je surau yg baru dan hasil perlulah dari kutipan derma org ramai..lebih barokah!!
Oktober 24,2007 at 6:06 am
Nice entry. Kosong itu permulaan. Jom berusaha mengisi kekosongan..
Oktober 24,2007 at 6:40 am
apa apa pon senibena ni bagi saya masih diperingkat zahiriah… yang penting lahiriah die tuh…. adalah jauh lebih elok sebuah pondok usang yang menjadi tempat bebudak mengaji tiap2 petang daripada bangunan canggih, mahal, hebat tapi ‘kosong’, siap bermaksiat lagi tuh, na’uzubillah… -just my 2cent
Oktober 24,2007 at 6:50 am
kekosongan 2 mungkin hanya sementara sahaja..kita sebagai manusia boleh memenuhkannya..hehehehe
Oktober 24,2007 at 10:04 am
Saya setuju seratus peratus! Memang kosong, maka topik ini akan saya terus angkat dan bicarakan diblog saya nanti bila kesempatan sebagai pelanjut bicara. Ringkasnya dahulu , tanggapan saya ialah:
Seperti aktiviti sosio-budaya yang lain senibina tidak terlepas dari pengaruh “semangat zaman” pop/komersial, hasil pantas, untung cepat. Senibina mesjid di Malaysia yang menarik pada saya ialah mesjid mesjid di Melaka dan beberapa mesjid lama warisan Aceh, Banjar yang berbentuk “Asia” bukan keAraban yang terdapat di beberapa negeri di Semenanjung. Saya menantikan arkitek dan konstruksi mesjid yang “melayu” dibina daripada kayu yang ampuh dan lestari putaran angin dan terkawal akustik. Contoh mesjid yang mahal, besar dan canggih di bandar Alor Setar – al ghufran – indah dipandang mata tetapi dengan akustik yang teruk, sebagai jemaah saya tidak dapat menangkap butir butir khutbah setiap kali Jumaat, kerana gelombang audio bersimpangsiur. Sayang………..