Ita dalam usaha melengkapkan diri dengan ilmu dan dunia kesihatan [fokus kepada dunia kejururawatan]. Temuduga yang bakal dihadiri pada 30 oktober 2007 ini betul-betul membuatkan Ita panik. Ye la, dia tidak biasa pergi temuduga untuk jawatan profesional macam ni.

Jumaat yang lepas, kami balik kampung sama-sama. Dia lapar. Dia tidak puasa. Saya puasa. Tapi saya belikan Spicy Chicken McDeluxe satu set. Dia tanya;

Akak tak malu ke beli makanan bulan puasa ni?

Alah…biasa je. Lagipun awak lapar kan?

Dia diam. Saya tanya;

kenapa diam?

touching!

eleh….

Dia makan sambil mengacu-acukan kentang goreng, burger dan air milo kepada saya. Saya biarkan dia dengan nilai kebudak-budakannya itu.

Sampai kampung, emak menujukan surat kepada Ita. Ita baca dan terus datang kepada saya.

Tawaran Kemasukan Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) di UUM, cawangan Johor Baharu.

Ita tanya apa harus dia buat sedangkan dia ada temuduga bulan depan. Haruskan dia menerima tawaran itu.

Saya kata pada dia yang temuduga itu belum tentu dapat. Dan surat tawaran itu memang pasti dapat dan hanya tinggal daftar je bulan depan.

Tapi Ita sengaja memeningkan diri dengan termenung. Alahai…

kenapa?

Kawan Ita kata program PJJ tu ambil masa 10 tahun pengajian…

what???? 10 tahun? Berapa kali kawan awak tu kemalangan atau tangguh pengajian kerana gagal dalam subjek?

Tak faham…

yer la, tempoh masa pengajian PJJ sama macam pengajian sepenuh masa yang biasa. Kecuali kawan awak tu kemalangan 3 kali dan terpaksa tangguh pengajian. Dan juga jika dia gagal subjek, dia kena ulang subjek yang sama. Jika subjek itu ditawarkan setahun sekali, maknanya dia kena tunggu setahun demi setahun untuk lulus.

haaa?

tak faham la tu?

yup.

Bodoh! Gila ke belajar sampai 10 tahun hanya untuk course pengurusan awam. Lainlah course medical, itupun 7 atau 8 tahun jer.

Habis tu kawan Ita cakap cam tu.

Kawan awak tu siapa? tengah belajar kat U?

Tak la, mengajar sekolah tadika je.

Patutlah soalan awak hari ni macam budak sekolah tadika. Awak kena banyak membaca. Jangan Main sms jer.

Ala bukan sms dengan pakwe.

Ya, akak tahu, kamu memang tak ada siapa yang nak.

Melampau….

Dan Ita beku lagi. Saya dah putuskan yang dia harus sambung belajar walau secara PJJ. Dan Jika dia dapat tawaran sebagai jururawat, dia masih boleh menyambung belajar.

About these ads