Saya baru membina sebuah blog baru menggunakan khidmat blogmas. Blog ini dinamakan Resensi Klasik.
Resensi klasik menghimpunkan petua klasik, lagu klasik, peribahasa, simpulan bahasa, pepatah-petitih, alatan tradisional, perkamusan perkataan -perkataan lama serta kesusasteraan tradisional.
Selain itu, blog ini juga berusaha menjadi sebuah blog yang boleh menjadi rujukan kepada generasi muda untuk mengenali khazanah warisan orang lama dari pelbagai aspek – bahasa, cara hidup, pemikiran dan sebagainya.
Jika ada cadangan atau maklumat yang boleh dikongsi, anda boleh utarakan di dalam blog ini. Semoga terhibur dan mendapat manfaat yang boleh dikongsi bersama.
September 26,2007 at 11:59 am
bahasa klasik ada kalanya susah nak paham..tgk 10 round pun tak paham2 jugak..tu bebal namanya..hahaha..tapi xpe jab aku nak lawat kesitu..
September 26,2007 at 4:28 pm
salam bayan,
very interesting. tahniah!
September 27,2007 at 12:49 am
minami….lawat la, tapi jangan kecewa dulu, sebab blog tu baru nak mula. saya pulak lately, tetiba banyak keje luar opis.
September 27,2007 at 12:50 am
thank acciaccatura…semoga bermanfaat kepada semua dan sumbangan idea atau bahan dari puan juga saya harapkan..
September 27,2007 at 2:02 am
Salam bayan,
usaha yang baik, gunakan masa mu untuk benda yang berfaedah. saya rasa perlu tambah satu lagi kaedah mentera klasik, yang bersangkutan juga dengan melayu dan bahasa klasik serta pemikiran nya. sebab saya pernah terbaca buku sekolah era 60an…”Pelita bahasa Melayu”….yang benar-benar klasik saya cuba mengesan dimanakah buku itu telah saya simpan…
September 27,2007 at 4:27 am
insyaAllah, saya juga banyak belajar tentang mentera semasa di universiti. Pelita bahasa Melayu pun ada dalam simpanan pensyarah saya. Tapi saya tak berapa arif tentang mentera. sekadar menghimpunkannya ok juga. terima kasih atas cadangan itu encik dekerinchi..
September 27,2007 at 4:48 am
wah.. idea yg kreatif ni… pepahalpun… saye support dr belakang.. hehehe..
September 27,2007 at 5:25 am
thanks palie…
September 28,2007 at 3:56 am
best kawan ngan budak sastera ni.. ayat sure tersusun rapi hehe
September 28,2007 at 4:02 am
lee : tak jugak.. cuma rajin betulkan ‘error’ walaupun semasa chatting dan sms…hehehehhe