The Rules:
1. Each blogger must post these rules first.
2. Each blogger starts with eight random facts/habits about themselves.
3. Bloggers that are tagged need to write on their own blog about their eight things and post these rules. At the end of your blog, you need to choose eight people to get tagged and list their names.
4. Don’t forget to leave them a comment telling them they’ve tagged, and to read your blog.
Kena tag lagi. Seperti ‘dakwat coklat’ saya juga sedang kekeringan idea. sebenarnya ada idea, cuma malas nak olah. Apapun, saya cuba jawab memandangkan tajuk tag ini juga agak menarik.
Eight Random Facts/Habits About Me
- Teruja dengan buku, namun mengambil masa yang lama untuk membacanya. Jika ada buku yang menarik, sanggup membacanya berulang kali sambil tersenyum atau mengerutkan dahi.
- Mengalami kemalangan sebanyak 5 kali dalam hidup – Menunggang motorsikal dan melanggar budak yang sedang bermain galah panjang di tengah jalan raya, dilanggar oleh motor yang ditunggang oleh penunggang mabuk, jatuh motor dengan kawan [di simpang Kg. Kerinchi dan UM], serta kemalangan kereta dengan pakwe [suatu waktu dulu]. Hasilnya : Kaki patah dan dimasukkan besi serta sedikit kesan luka di lutut dan tangan.
- Suka gelakkan orang dan tak kisah kalau orang nak gelakkan saya.
- Suka menggunakan kata-kata eufemistik dan sarkastik – untuk memuaskan hati sendiri terutama ketika hendak menegur orang atau sakit hati dengan orang
- Selalu mengemas meja kerja. Tapi lepas tu bersepah balik.
- Citarasa kepada muzik sentiasa berubah. suka dengar semua jenis genre muzik. Kadangkala minat rentak tradisional, kadangkala tak boleh dengar langsung.
- Tidak boleh membaca atau menulis dengan mendengar muzik. [boleh, tapi tak fokus la]
- Sangat prihatin dengan situasi sosial yang ada di sekeliling sehingga kadangkala terasa ingin bertindak sebagai polis untuk menangkap apek yang jual VCD dan DVD lucah kat tingkat bawah rumah. Atau menjadi pencegah maksiat untuk menangkap budak-budak muda/pelajar kolej yang menyewa rumah bersama pasangan masing-masing di kawasan perumahan saya. Terasa juga nak jadi Isteri Pak Lah (versi bertudung) supaya dapat beri contoh kepada isteri-isteri pemimpin yang lain dan rakyat tentang kewajipan bertudung dan juga keunggulan Islam Hadhari yang sebenarnya. hehehehhe…..Maaf ek Datin Jeanne…
Aduhai, susahnya nak buat tag ini apatah lagi secara random kan. Apa pun dah berjaya siapkan. Harap tongah puas hati dan saya ingin mengetag kawan-kawan yang lain…
September 14,2007 at 8:31 am
bagi saya, kalau membaca buku untuk ujian, boleh sambil dengar muzik.. tapi kalau baca buku santai, tak boleh, tak puas!
-layout baru ya?-
September 14,2007 at 8:46 am
menarik juga fakta ttng cik bayan…
September 14,2007 at 9:17 pm
hehehe
puas²…
hahahahaha
September 16,2007 at 8:45 am
byknye awk accident…
September 17,2007 at 12:16 am
azrul…ko ni pelik tul laa…dengar muzik sambil baca buku untuk ujian? alahai, takut nanti ko hafal dan faham lagu daripada subjek. saya pernah buat cam tu…kononnya nak menjana minda. tapi tak dapat jawab soalan. yang saya ingat lagu siti. finally, salin lagu siti sebagai jawapan.. hehehehe..better than hantar empty paper.
ed…menarik kan..hehehehhe
tongah : betul ko puas?
palie : memang banyak…kat badan ni penuh ngan citer accident je…nasib baik muka tak apa2 kalau tak terpaksa la saya jual murah kat pasar parit sulung.
September 17,2007 at 9:49 am
Ada jualan murah ke kat pasar parit sulong hehehe
September 18,2007 at 12:23 am
ala….itu contoh kecil semasa saya balik kg last month…nampak ada ‘jualan murah’. kat mana-mana pun ada jualan murah terutamanya di felda2.
September 19,2007 at 2:29 am
[...] info By nickmenza Categories: hantam saja tag dari saudari bayan , Eight Random Facts/Habits About Me .. aku akan cuba slow-slow untuk penuhi ‘lapan’ [...]
September 26,2007 at 12:20 pm
Selalu mengemas meja kerja. Tapi lepas tu bersepah balik. <–hahaha part ni slalu jadi kat aku
September 27,2007 at 12:48 am
saya sangat percaya part ini….tapi normal la pelukis comic…meja sepah ngan pelbagai jenis pen dan warna ek…
November 13,2007 at 11:31 am
[...] facts about me [...]
Februari 26,2008 at 3:59 pm
5 kali accident..satu angka yang besar
cik bayan seorang yang berhati mulia
Februari 26,2008 at 4:07 pm
hahahahhaha. hati mulia? bab yang mana tu?
Februari 27,2008 at 4:40 pm
bab ke 8 dalam buku 8 fakta tentang bayan
hehehehe…