Berikut adalah sajak “Melayu Mudah Lupa”, yang dibacakan oleh Dr. Mahathir di akhir ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai.
dan satu lagi……
Melayu : Oleh Usman Awang
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
*Mungkin orang-orang seperti Namewee kena banyak belajar tentang budaya bangsa lain. Itu penting untuk hidup!
Ogos 21,2007 at 5:16 pm
salam Bayan
Kes namewee sebenar nya bukan ditumpukan kepada irama nya secara total tetapi kepada maksud senikata lagu itu yang banyak boleh menimbulkan rasa tidak puas hati antara kaum, ini amat merbahaya kepada keselamatan dan ketenteraman awam…Banyak lagi perkara yang jelas-jelas menghina negara wujud di depan mata tapi kita masih membutakan mata dan memekakkan telinga.
apapun melayu memang merbahaya, yang paling bahaya bangsa melayu ini pernah ada sejarah cerita yang seringkali menghianat kepada kawan,pemimpin, agama & negara…Malas juga adalah satu jenis penghianatan …hehehe
Ogos 21,2007 at 7:53 pm
Dua sajak di atas jaraknya laksana langit dan bumi. Yang pertama itu tanggapan saya pribadi, adalah sajak politik yang tiada kehalusan budi dan bahasa, sementara karya Usman Awang masih nampak ke Melayuannya. Saya kira Namewee itu agaknya nya anak murid penyajak Melayu Mudah Lupa?
Ogos 21,2007 at 8:27 pm
namawee … tak tahulah … baru tadi terbaca komen mengenainya… mungkin sekaum dengannya … dia menghina al-quran dan mengutuk org melayu …. ini tak boleh dibiarkan ….
Ogos 22,2007 at 8:06 am
en. Dekerinchi dan en. AKU, kes seperti namewee tidak boleh dibiarkan. tindakan bukan sahaja menurut undang-undang tetapi kita mesti berfikir dengan baik ttg hal itu – apa puncanya, sejarah dan juga budaya yang melingkungi anak muda itu. perbetulkan segera.
en. Rastom, memang sengaja saya paparkan dua tanggapan berbeza mengenai melayu oleh dua ‘minda dan pengalaman’ yang berbeza. Jika saya masukkan sajak Melayu oleh en. rastom, bagaimana pula hasilnya? begitu juga dengan en. namewee yang tip-top sekarang ni? adakah akan terhasil 4 karya Melayu yang berbeza?
Ogos 22,2007 at 1:22 pm
Sudah tentu! Ini idea yang hebat. Masing masing kita cuba usahakan setiap seorang satu puisi judulnya “Melayu”…boleh?
Ogos 22,2007 at 1:29 pm
Bayan, dah lama aku tak baca puisi Usman Awang ni.
Terima kasih.
Ogos 22,2007 at 1:56 pm
en. Rastom…dipersilakan menjadi pelopor bagi puisi ‘Melayu’
KNB, sama-samalah kita saling berkongsi sesuatu…..
Ogos 22,2007 at 4:09 pm
Hairan kenapa orang ramai kecoh sangat dengan rapper cina tu. Kata mereka menghina Islam. Tapi kenapa dia bertindak begitu?
Sebenarnya saya lagi hairan kepada orang yang lagi teruk menghina islam seperti mencipta Islam konsep baru (yang ada had ada hari), yang mengamalkan rasuah secara terbuka (dan dilabelkan sebagai politik wang), kronisme, menipu rakyat dan sejuta satu macam lagi penghinaan terhadap Islam.
Maksiat yang semakin berleluasa dalam masyarakat kita juga satu bentuk penghinaan kepada Islam.
Tidak hairan kah kita akan semua ini? kenapa tidak kita kecoh kan semua ini?
Tepuk dada tanya iman.
Sekadar pandangan
Ogos 22,2007 at 4:25 pm
sangat bersetuju dengan raiedzall. Agama lain hina Islam kita sangat marah (memang patut marah)…tetapi ISlam hina Islam sendiri dengan melakukan maksiat terang-terangan, menghalalkan yang haram….kenapa kita duk dalam kain sendiri aje?
kita marah dia guna lagu negaraku…tapi kita tak marah bebudak sekolah yang duk bergelek kat barisan belakang perhimpunan semasa lagu negaraku dimainkan….inilah yang dikatakan ” Gajah depan mata tak nampak, kuman seberang laut jelas di mata”
Mei 25,2009 at 2:33 pm
reality melayu mmg mudah lupa….