Zodia merupakan antara tanaman yang digunakan untuk menghalau nyamuk secara semula jadi.Ia dikatakan paling efektif antara semua tanaman yang digunakan untuk menghalau nyamuk. Tumbuhan dari keluarga rutaceae ini merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari daerah Irian(Papua) , Indonesia.

Ia telah digunakan sejak dahulu untuk menghalau nyamuk dengan cara menggosokkan daunnya pada kulit sebelum masuk ke hutan. Ia juga sebenarnya boleh dijadikan racun serangga semulajadi kerana nyamuk dan sesetengah serangga tidak akan menghampiri kawasan sekitar pokok zodia ini. Ini disebabkan aroma yang dikeluarkan oleh pokok zodia amat tidak digemari oleh nyamuk.

Zodia atau nama saintifiknya Evodia suaveolens, secara saintifiknya mengandungi evodiamine dan rutaecarpine. Minyak yang di ekstrak dari tanaman zodia ini mengandungi 46% linalol. Sebagaimana yang kita ketahui linalol memang terkenal sebagai bahan yang boleh menghalau nyamuk.Satu ujikaji saintifik telah dijalankan dengan cara menggosok daun zodia pada satu tangan, manakala satu tangan lagi tidak digosok dengan daun zodia. Kedua-dua tangan kemudiannya dimasukkan ke dalam kotak yang mengandungi nyamuk aedes (Aedes aegypti).

Hasil ujikaji menunjukkan daun zodia berkeupayaan untuk menghalau nyamuk selama enam jam dengan 70 % daya perlindungan. Selain daripada itu juga kawasan gigitan nyamuk ini akan cepat sembuh dan hilang bengkaknya jika disapu dengan daun zodia.

Satu pasu kecil dikatakan dapat menghalau nyamuk dikawasan berukuran 2 X 2 meter persegi. seeloknya tanaman ini diletakkan berhampiran dengan kipas angin supaya bau yang dikeluarkan olehnya boleh tersebar dengan lebih efektif ke persekitaran.

Ia sesuai dijadikan tanaman hiasan dalam pasu kerana selain menghalau nyamuk ia juga mengeluarkan aroma yang wangi. Aroma ini akan dikeluarkan apabila daunnya saling bergeser ketika ditiup angin.Tumbuhan ini tidak terlalu tinggi dan ketinggian maksimumnya sekitar 75 cm. Penjagaan tanaman ini agak mudah. Ia hanya perlu disiram dua hari sekali dalam keadaan biasa. Ia boleh di tanam di dalam rumah tetapi perlu dikeluarkan dan di dedahkan kepada matahari setiap hari.Jika tidak mahu meletakkannya didalam rumah kerana tanaman sudah terlalu besar, daunnya sahaja boleh dipetik dan diletak didalam rumah. terpulang samaada diletakkan didalam bekas begitu sahaja atau rantingnya dipangkas dan diletakkan dalam pasu yang berisi air untuk menjamin kesegarannya.

Tanaman ini mudah dibiakkan melalui biji benih dan keratan batang.

untuk maklumat lanjut sila ke http://www.melur. com

About these ads