Jangan! Jangan! Jangan! Dilarang! Dilarang! Dilarang! Sana-sini, di mana-mana jua tempat di Malaysia terdapat pelbagai ‘jangan’ dan larangan tentang pelbagai perkara. Jangan Merokok, Jangan Membuang Sampah Merata-rata, Jangan Meludah, Dilarang Memijak Rumput, Dilarang Masuk, Dilarang Berkelakuan Sumbang, Dilarang Bercakap dan sebagainya. Kita juga sering diingatkan dengan simbol-simbol larangan tertentu di mana-mana jua. Untuk apakah semua ini?.
Semua kata-kata dan simbol ‘larangan’ dan ‘jangan’ yang ada disekeliling kita adalah untuk mengingatkan kita yang sentiasa lupa dan leka, dan kadangkala buat-buat lupa dan buat-buat tidak nampak. Lupa dan leka bukan kerana hilang ingatan. tidak nampak pula bukan kerana cacat penglihatan. Itu semua berpunca dari suatu keadaan yang dinamakan ‘tiada atau kurang kesedaran SIVIK’.
Kamus Dewan edisi ketiga menginterpretasikan sivik sebagai ilmu tatarakyat dan hak serta perasaan tanggungjawab seseorang terhadap masyarakat. Ilmu tatarakyat pula dihuraikan sebagai ilmu berkenaan bagaimana seseorang hidup dalam masyarakatnya. Pendek kata, sivik yang sinonim dengan perkataan ‘kesedaran’ membawa kita kepada suatu aspek kesedaran mental dan fizikal untuk hidup bermasyarakat dengan terkandungnya nilai-nilai tanggungjawab, hormat-menghormati, amanah, ikhlas, beretika, bersatu padu dan sebagainya. Sampah dibuang merata-rata. Masalah pembuangan sisa pepejal domestik juga sering mendapat perhatian pelbagai pihak. Kerana tiada kesedaran sivik, sampah dibuang sesuka hati di kawasan semak-samun, tepi jalan raya (mungkin dicampak melalui kenderaan), premis terbengkalai, rumah kosong dan kawasan terpencil yang jauh daripada pandangan orang ramai. Malah yang lebih menyedihkan, segelintir masyarakat sewenang-wenangnya membuang sampah di dalam sungai dan longkang sehingga menyebabkan berlakunya banjir kilat dan pencemaran air yang serius. Mungkin ini disebabkan oleh ketiadaan tong sampah yang berdekatan atau mungkin juga masyarakat tidak didedahkan dengan cara-cara yang baik untuk membuang sampah. Kesan paling nyata, bungkusan sampah yang mengandungi pelbagai jenis sisa makanan akan menjadi tempat pembiakan paling ideal bagi nyamuk aedes.
Menurut Pengarah Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Ramlee Rahmat sebanyak RM2.6 juta kompaun dikutip daripada individu dan premis yang didapati membiak nyamuk aedes di seluruh negara sejak awal tahun ini. Jumlah kompaun yang tinggi itu adalah sejajar dengan peningkatan bilangan mereka yang disyaki demam denggi iaitu 35,402 orang dan kira-kira 28 peratus atau 10,040 orang daripadanya disahkan positif. Sehingga kini, 72 orang meninggal dunia akibat demam denggi termasuk dua kematian melibatkan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun di Sabah dan seorang wanita berumur 53 tahun di Melaka (Utusan Malaysia, 20 Disember 2006). Mungkin peningkatan jumlah ini berkaitan dengan kejadian banjir yang berlaku di beberapa negeri di Malaysia. Ini kerana kejadian banjir sering memberi kesan bukan sahaja kemusnahan harta benda tetapi juga penyebaran pelbagai jenis penyakit seperti denggi, kepialu, taun dan pelbagai penyakit kulit yang lain.Menurut beliau lagi, kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mencatatkan kutipan kompaun yang tinggi berbanding negeri-negeri lain. Adakah kawasan-kawasan yang tercatat di atas mengalami banjir yang besar tahun ini? Jika ya, kita terima alasan bahawa banjir menjadi punca nyamuk aedes cepat membiak. Jika tidak, mengapa kawasan tersebut mencatat jumlah kompaun tertinggi? Jawapannya sudah pasti kerana tiada kesedaran sivik di kalangan masyarakat lantas membuang sampah secara tidak betul. Itu baru kes demam denggi. Bagaimana pula dengan kes pencemaran alam sekitar yang melibatkan pembuangan sisa toksid dan pelepasan asap yang melampau dari kenderaan dan kilang-kilang? Kekurangan sivik juga sering dikaitkan dengan kemusnahan harta benda awam seperti lif, telefon awam, tandas awam, tempat menunggu bas, alatan permainan di taman permainan kanak-kanak dan banyak lagi. Memusnahkan harta benda awam atau lebih tepat, harta kerajaan (kerana kerajaan yang menghabiskan wang menyediakan kemudahan ini untuk rakyat), berlaku di mana-mana jua. Tidak kira sama ada di kampung atau di bandar. Perbuatan vandalisme seperti ini bukan sahaja merugikan wang rakyat malah boleh melibatkan nyawa. Wanita mengandung, warga tua dan orang kurang upaya adalah golongan yang paling perit menerima kesan vandalisme seperti kerosakan lif dan tempat menunggu bas.
Penggunaan telefon bimbit yang meluas di Malaysia mungkin menjadi penyebab meningkatnya kes kerosakan telefon awam. Perangkaan terkini yang diperolehi dari Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC) menunjukkan terdapat 21.5 juta pengguna telefon bimbit di Malaysia (Bernama, 1 Disember 2006). Ini tidak bermakna telefon awam yang disediakan oleh kerajaan tidak digunakan sepenuhnya. Masih ada golongan tertentu dan situasi tertentu yang meletak telefon awam sebagai pilihan kedua jika berlaku masalah pada telefon bimbit. kemusnahan telefon awam memungkinkan pelbagai insiden yang tidak diingini pada waktu-waktu kecemasan.
Pembangunan kawasan perumahan di Malaysia memperlihatkan perkembangan yang memberansangkan. Projek-projek perumahan yang diluluskan oleh kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan mensyaratkan setiap kawasan perumahan harus memiliki taman permainan atau taman rekreasi untuk kanak-kanak dan keluarga bersantai. Apa yang berlaku, taman permainan kanak-kanak menjadi tempat mat-mat gian dan pasangan muda-mudi melampiaskan nafsu masing-masing. Kadangkala, terdapat juga orang dewasa yang memanfaatkan sepenuhnya alatan permainan yang disediakan khas untuk kanak-kanak. Kita bukan sahaja ditayangkan dengan pemandangan-pemandangan menjijikkan tingkahlaku segelintir individu tersebut (penagih dadah dan pasangan bercinta), malah alatan permainan juga rosak dan hancur.
“Malaysia terlalu kotor dan hodoh, kami tidak akan mencadangkan negara yang selekeh ini kepada kawan-kawan kami…’’ dan “tandas awam terlalu kotor, sentiasa basah, berbau, tiada tisu dan sabun”. (dipetik daripada sebuah laman web tempatan) Inilah pendapat sekumpulan pelancong yang datang ke Malaysia baru-baru ini tentang tandas awam di Malaysia. Isu tandas kotor telah lama menjadi bahan perbincangan sehingga diadakan
Februari 12,2008 at 12:11 pm
Assalamualaikum wbt,
Saya sedang mencari artikel2 yang sesuai untuk dimuatkan dalam risalah masjid. Saya terjumpa blog saudara dan berhasrat untuk menggunakan artikel2 yang mungkin sesuai untuk diketengahkan kepada khalayak. Contohnya artikel mengenai Kesedaran Sivik, yang saya rasa amat sesuai untuk dijadikan bahan yang patut diketengahkan. Ini memandangkan kesedaran sivik rakyat Malaysia, khasnya orang Melayu (Islam) yang amat rendah.
Jadi saya dengan rasa rendah diri ingin meminta kebenaran dari pihak saudara untuk menggunakan artikel dari blog saudara ini untuk dimuatkan dalam Risalah masjid kami. Jika pihak saudar bersetuju sila berikan jawapan saudara.
Sekian, Wassalam
Said Zakaria
016-2227016
Masjid Al Muhtadin Damansara Damai,
Sungai Buloh, Selangor
Februari 12,2008 at 12:28 pm
Dipersilakan Encik Said Zakaria. Ambillah apa jua bahan yang dikira bermanfaat dalam blog ini. Terima kasih.
Mac 15,2008 at 12:00 pm
saya ingin memberi tahu tentang kebersihan di malaysia ini . malaysia amat kotor bukan saya nak mengutok tetapi telah ternyata didepan mata kita sendiri yang banyak sampah sarap di depan rumah kita . jadi bagaiman hendak kita mehampus sampah sarap itu.
Mei 20,2008 at 2:47 pm
Saya sedang mencari artikel2 yang sesuai mengenai budaya sivik untuk dimuatkan dan menjadi bahan rujukan kepada asg saya. Topik sivik ini mestilah berhubung dengan definisi, kebaikan, keburukan, faktor terjadi, isu semasa dan lain-lain yg boleh menunjukkan samada saya bersetuju ataupun tidak dengan budaya sivik pada masa kini. Jika ya huraikan knp dan jika tidak bersetuju huuraikan knp. Diharap anda dapat membantu saya dalam mengemaskinikan asg saya ini. Saya hanya ingin memahami apakah sebenarnya yg dimaksudkan dengan sivik ini. Terima Kasih.
Mei 20,2008 at 3:09 pm
A, perenggan ketiga mendefinisikan maksud sivik secara harfiah [perkataan].
Aspek kebaikan, keburukan, faktor terjadi kekurangan sivik juga saya jelaskan sebaik mungkin dalam artikel di atas. Secara mudahnya jika anda memahami apa maksud sivik, anda boleh mengerti kebaikannya, keburukan tanpa sivik dan faktor-faktor yang mendorong masyarakat kita tiada sivik.
Persoalan kesedaran sivik tidak sesusah yang disangka. Sivik berkait rapat dengan sikap kita sebagai manusia dan masyarakat. Juga memperlihatkan sifat tanggungjawab kita terhadap alam dan manusia sekeliling.
Jika masih kekurangan bahan, google sahaja keyword ‘sivik’. Banyak bahan di internet yang boleh dijadikan rujukan.
Harap penjelasan ini membantu.
Jun 4,2008 at 12:35 pm
saya sedang cari artikel tentang vandalisme kesan,jenis,faktor dan langkah mengatasi vandalisme terhadap masyarakat dan negara.
bolehkah anda membantu dan menghantar maklumat tersebut ke email saya.
terima kasih!
Jun 29,2008 at 2:11 pm
bagi saya maksud vandalisme yang lebih spesifik
Julai 8,2008 at 6:15 pm
Hai,salam. saya meminta kebenaran utk link subject dengan page anda. dah buat pun, baru mintak… hehehhe TENKIU.
Julai 10,2008 at 8:53 am
Sarah, silakan dan terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya.
Julai 13,2008 at 4:58 pm
sya ingin mencari kesan-kesan vandalisme..kpd sesiapa yg ingin berkongsi dgn sya blehlah menghantar emel kpd zamirmax255@yahoo.com..terima kasih..
Julai 27,2008 at 3:42 pm
saya ingin mencari”tanggung jawab individu dan masyarakat”kepada sesiapa ingin berkongsi bolehah menghantar pada sivananthans@yahoo.com…TQ..
Julai 28,2008 at 7:14 pm
saya ingin mencari kesan-kesan vandalisme sesiapa boleh tolong
Julai 29,2008 at 9:43 am
Zamir, Siva dan Charlie : terlalu banyak artikel tentang sivik yang boleh anda baca di internet. Melihat sekeliling dengan mata hati juga membantu anda melihat kesan vandalisme kepada alam sekitar, masyarakat dan individu itu sendiri.
Semoga anda berjaya melihatnya…
Julai 29,2008 at 10:31 am
saya memerlukan maklumat mengenai tandas awm utk assgmnt saya,bleh tak bagi maklumat mengenai tandas awm scra terperinci
Julai 29,2008 at 11:40 am
yati, bahan yang anda perlukan banyak terdapat di internet. Google dengan sabar. Dan kaji melalui situasi sekeliling.
Ogos 6,2008 at 5:20 pm
saya nak carik pasal masalah sampah sarap yang dibuang di kwsan pantai kat negara kt nie? klu kt xleh nak jg kwsn umah kt dr masalah smpah sarap tp bagaimana plak kwsn pantainya?
September 4,2008 at 6:53 pm
saya tengah cari maklumat tentang tanggungjawab masyarakat dan individu terhadap alam sekitar
September 7,2008 at 6:35 pm
saya nak tahu maksud sebenar sivik…
Oktober 22,2008 at 7:58 am
salam. artikel awak amat berkesan di hati para pelawat blog. saya harap anda dapat mengemukakan artikel yang seumpama ini atau lebih baik lagi anda sertakan dengan gambar yang berkaitan. saya setuju dengan sivik yang dinyatakan anda, di mana sivik dikalangan masyarakat sekarang adalah terlalu rendah. bila ditegur, kita pula ynag dibelasah. terima kasih.
Oktober 22,2008 at 8:43 am
Terima kasih Bahar. Semoga bermanfaat. Berkenaan gambar, insyaAllah, selepas ini akan disertakan gambar-gambar yang berkaitan.
November 8,2008 at 9:43 am
Semoga anda dirahmati Allah kerana menyumbang idea kearah kesedaran yang sangat penting demi alam sejagat
November 8,2008 at 11:55 am
Akhi, InsyaAllah, Amin. Semoga bermanfaat untuk semua. Kita saling ingat mengingati.
Disember 10,2008 at 11:04 am
salam…
saya sedang mencari maksud tandas amam yang lebih mendalam untuk menyiapkan kertas kerja kempen kesedaran.
boleh sesiapa tolong saya.
maaf soalan agak bodoh….
terima kasih
Disember 10,2008 at 11:52 am
Jamilah, banyak bahan boleh di dapati dari internet tentang maksud tandas awam. Kumpulkan semua definisi tersebut dan anda akan dapat definisi lengkap tandas awam. Blog di bawah mungkin boleh jadi rujukan asas.
http://mendewa.blogspot.com/2008/11/kita-dan-tandas.html
Januari 9,2009 at 4:51 pm
time ksh tuk artikel tu…
sy nk jdkn bhn tuk asg….
time ksh byk…
Mac 2,2009 at 3:54 pm
salam..hrp dpt m’bantu sy dlm mncari persoaln yg ingin ditanyakan kepada masyarakat mengenai kesedaran kebersihan dalam kehidupan sehari-hari..tq”,
April 11,2009 at 6:42 pm
kepada sharizad bin mohamad betulkan ejaan anda terlebih dahulu sebelum membetulkan sistem tugas majlis daerah negara kita..terima kasih atas komen anda yang begitu prihatin..
April 13,2009 at 8:57 am
hmm…ejaan memang harus diperbetulkan. Hal yang nampak kecil tetapi beri pengaruh kepada anak cucu kita kelak.
Berkenaan dengan hal sampah ini, saya kira, kita perlu bertindak sendiri dengan memelihara persekitaran kita. Usah menyalah dan menunding jari kepada pihak lain.
April 16,2009 at 9:00 pm
boleh saya ambil artikel ini untuk rujukan kerja kursus saya?
April 16,2009 at 9:26 pm
Dipersilakan Syahirah. Semoga bermanfaat.
April 17,2009 at 6:23 pm
ada x lagi artikel tentang sayangi harta benda awam
April 18,2009 at 10:25 am
saya sedang mencari artikel tentang apa kebaikan menggunakan kenderaan awam
bolehkah anda membantu saya dan manghantar maklumat ini kepada E-meil saya
April 24,2009 at 4:16 pm
Halu…
Blh tulis artikel tentang buli tak.??
Blh tlg antaq kat emeil saya ke??
Mei 17,2009 at 7:27 pm
haloo0..sy tngh wat satu assigment ttg kesedaran sivik dalam kalangan masyrakat kita masih rendah..sy masih x fhm kenapa???ble terangkan lbh lanjut??
Mei 18,2009 at 8:57 am
Semua nya bermula daripada sikap individu yang pentingkan diri sendiri dan tidak punya akhlak yang baik.
Banyak faktor sebenarnya yang menyebabkan hal ini berlaku. Kerajaan yang kurang prihatin kehendak rakyat, rakyat pula tidak menghargai apa yang telah diberikan. sikap vandalisme yang tidak ditegah dan sivik yang tidak ditekankan di sekolah dan di rumah dengan baik.
Jun 9,2009 at 10:37 am
Assalamualaikum , ada tak artikel tentang keburukan gejala vandalisme kalau ada tolong antar kat email saya , wasalam…
Jun 14,2009 at 7:15 pm
saya ingin tahu fakor-faktor penyebaran demam denggi..terima kasih
Jun 24,2009 at 8:23 am
adkn lby bnyk krngn lee,,!!!
Ogos 11,2009 at 11:12 pm
nothing!!!
Ogos 11,2009 at 11:13 pm
alienz 4eva!!!
Ogos 12,2009 at 9:31 am
Askum,sy ingin mdptkn article ttg penggunaan tong kitar semula di kws taman awam oleh masyt/pengjung di taman trsbt. Sy ucpkn ribuan tima ksih pd yg sudi mbantu..tq.
September 1,2009 at 12:54 pm
Salam 1 Malaysia,
Saya sebagai rakyat Malaysia ingin berkongsi maklumat dengan rakan-rakan sekalian tentang kepentingan kitar semula daripada rumah.
Kerajaan berbelanja jutaan ringgit untuk menjayakan program Kitar Semula dengan membekalkan bekas kitar semula di tempat-tempat awam.
Tapi cuba kita fikirkan sejenak, tanpa kesedaran berapa ramai yang akan mengambil inisiatif mengasingkan bahan-bahan tersebut mengikut jenisnya.
Kesedaran dari rumah itu lebih penting, kita jauh ketinggalan dari segi kesedaran alam sekitar berbanding luar negara.
Apa kata kita memulakan langkah di rumah dengan mengitar semula sampah sisa organik seperti sayuran, buahan, biskut dan kertas di rumah dan menukarkan ia kepada baja organik di rumah dengan menggunakan Can O Worm.
‘ Kill Two Birds With One Stone’ atau Sambil Menyelam Sambil Minum Air disini memberi makna bahawa dengan kitar semula menggunakan Can O Worm berisi cacing kompos.
hasilnya adalah cacing yang akan membiak yang boleh di jual untuk pendapatan sampingan, baja untuk kegunaan tanaman dan sayuran malah mengurangkan kebergantungan kita kepada baja kimia dan paling penting mengurangkan sampah yang menghasilkan bau yang tidak menyenangkan.
Susah sangatkah untuk kita mengambil sayur-sayur yang hendak dibuang dan meletakkan ia ke dalam bekas Can O Worm yang ada di depan mata di rumah?
Cuba kita fikirkan, andai anak-anak melihat disiplin ibu bapa dalam menjaga alam sekitar mereka sedikit sebanyak akan tertarik dan belajar.
Maka kita tidak akan menjadi negara lunggukan sampah, penuh dengan penyakit berjangkit, Global Warming dan sebagainya.
Kenapa apabila kita ke negara luar seperti Singapura, kita mampu mengikut undang-undang mereka untuk tidak membuang sampah merata-rata? Mentaliti saudaraku sekalian, sebagai langkah awal kita mulakanlah di rumah.
Cuba bayangkan satu rumah membuang sekurang-kurangnya 250gram sampah setiap hari. Bayangkan terdapat 100 rumah x 250gram sampah organik sehari. Sebulan? Setahun? Kalau satu Malaysia membuang sisa makanan 250gram sehari bayangkan jumlahnya saudara.
Nampak remeh tapi itulah yang kami ingin sedarkan Masyarakat kita. Wake Up Call sebelum terlambat, tidak mustahil menjelang 2020 negara kita lebih banyak sampah dari penghuninya.
Kita mula dari rumah kalau anda rasakan mahu mengasingkan sampah lain itu susah, asingkanlah sisa organik untuk ditukarkan kepada baja organik. Sedikit tanggungjawab yang bakal menjanjikan bumi yang lebih selesa untuk masa depan anak-anak kita.
Can O Worm membantu menyedarkan masyarakat tentang kepentingan kitar semula, bagaimana menjana pendapatan sampingan daripada sampah di rumah anda dan bagaimana Hijau Kembali dapat menarik minat masyarakat terhadap alam sekitar. http://www.hijaukembali.webs.com mampu membantu anda mengenali apa itu Can O Worm.
Kepada mereka yang terlibat dalam bidang industri makanan Big Hanna merupakan komposter yang sesuai kerana ia boleh mengitar semula sisa makanan yang belum dan yang telah di masak. http://www.bighanna.com dapat menjelaskan kegunaan mesin ini kepada peniaga yang terlobat dalam industri makanan.
Kami sebagai rakyat 1 Malaysia berbangga kerana berkesempatan menyumbang sesuatu untuk kesenangan kita bersama. Hubungi kami untuk maklumat lanjut 0192286010. Masa depan anak-anak dan bumi kita di hujung pemikiran anda sendiri. Fikir-fikirkanlah..
September 16,2009 at 5:56 pm
memang no good
Oktober 19,2009 at 3:35 pm
saya ingin mengambil sedikit untuk dimuatkan dalam rencana saya..terima kasih.
November 15,2009 at 9:31 pm
Assalamualaikum…..
Bolehkah saya memanjangkan artikel anda ke dalam blog saya untuk pembacaan umum?
TQ
Mac 13,2010 at 1:49 pm
enta la ……..zman skrg x org pntgkn kbshan……yg org tau nk cari duit.duit…………duit….duit.x ka mreka2 sdr kesan tlalu tamak untk mcari ksngn pnya ksn smpgn yg mrugikn rmai org??????
Jun 12,2010 at 12:02 am
bagi sy kesan vandalisme yg lbih spesifik tak?
Julai 6,2010 at 11:43 am
bagus juga kesedaran sivik ini!!Baik untuk semua warga Malaisia.
September 26,2010 at 8:34 pm
ya..
September 26,2010 at 8:34 pm
bagus juga kesedaran sivik ini!!Baik untuk semua warga malaysia..
Oktober 21,2010 at 2:40 pm
Saya setuju dengan kesedaran sivik orang2 kita ni, saya sendiri pun terkena, saya ada seorang jiran tu, rumahnya amatlah kemas dan bersih tetapi yang sedihnya apabila ia berkemas dikawasan luar rumahnya, segala sampah sarap dibuang sewenang2nya dimana dia suka, suami sayalah yang mengambil dan membuang sampah2 tu, tidakkah ia merasa malu dengan sikapnya begitu.Selalu saya perhatikan dia buat tak tahu saja, dia dan suami serta anak2 sama saja, dimanakah kesedaran siviknya.
Oktober 29,2010 at 10:19 am
saya mohon untuk menggunakan artikel ini untuk pelajar asrama jagaan saya.
November 6,2010 at 8:11 pm
trma kasih atas blog ini.Dapat membantu saya mencetus idea untuk menyiapkan assgmn.
Disember 2,2010 at 9:37 am
say terpanggil untuk membalas pandangan di atas. memang tidak dinafikan betapa rendahnya sivik masyarakat kita dalam banyak hal.
1. sampah sarap:
dikatakan kesedaran bermula di rumah. memang benar tetapi berapa ramai ibubapa yang menerapkannya di luar pula. sudah pasti para ibubapa tidak mahu rumah mereka bersepah tetapi cuab jika kita lihat senario di luar. satu famili makan aiskrim, kerepek atau apa sahaja yang berbungkus. bukan anak sahaja yang melemparkannya di atas tanah, IBUBAPA pun turut serta. jika mereka tidak lakukan demikian, mereka tidakpun menegur anak2 mereka. cuba anda perhati sekeliling anda. pengalaman saya dalam mendidik anak bilamana dia membuang sampah, saya menyuruhnya mengutip kembali dan memasukkannya kedalam poket atau beg untuk dibuang di tong sampah. begitu juga jika menaiki kenderaan. lihat berapa ramai yang membuang sampah dari dalam kenderaan mereka. susah sangat ke untuk menyediakan beg plastik yang boleh digantung sebagai tempat sampah.kita tidak mahu kenderaan kita kotor tetapi kita sanggup mencemar persekitaran kita. begitu juga di kawasan perumahan. tolonglah ikat sampah dengan betul. kasihan pekerja2 alam flora dsbnya. pernah saya menegur anak jiran & jiran. jawapan mereka: dah memang kerja mereka. mereka dibayar gaji untuk kutip sampah kita. apa rasa anda jika anda berada di tempat mereka? atau pekerja itu adalah ibubapa atau anak2 kita? samada mereka buat kerja atau tidak, itu antara mereka dengan Tuhan. dan seperti biasa apabila berlaku longgokan sampah, rungutan demi rungutan akan dilemparkan kepada majlis bandaran dan yang terbabit dalam membersihkan sampah. tidak dinafikan mereka kadangkala mereka juga tak buat kerja atau sambil lewa sahaja, tetapi kita di akar umbinya: yang memulakannya. sila lihat dalam program2 masyarakat, konsert2, perjumpaaan dsb. selepas sahaja majlis selesai, apa yang boleh tetapi TIDAK INGIN DILIHAT – SAMPAH, SAMPAH & SAMPAH. yang hebatnya, sampah berlonggok dikeliling tong sampah.
tip dari saya untuk mengurangkan sampah.
1. KURANGKAN PENGGUNAAN BEG PLASTIK. sila tonton national geographic tentang pembuangan beg plstik. kasihan hidupan laut yang kita ‘bunuh’ dengan tangan kita sendiri. saya membawa beg kain besar yang senang dilipat untuk mengisi barang2 yang dibeli. saya cuma mengambil beg plastik ukuran biasa untuk mambungkus sampah. ITUPUN JIKA BEG PLASTIK DI RUMAH SUDAH BERKURANGAN. untuk bahan basah yang sedikit cth. kunyit, halia dbs, saya kumpulkan semuanya dan diletakkan dalam satu beg shj.Mmg nampak ganjil. saya seringkali ditanya oleh cashier tetapi jawapan saya mudah: selamatkan dunia ini untuk kita & generasi kita. begitu juga jika ke pasar. saya akan membawa beg besar ini & beberapa beg plastik yang telah pun digunakan beberapa kali (selepas unpacking, saya masukkan kembali ke dalam beg shopping saya). dan ini pun agak ganjil bagi penjual. namun pada saya: asalkan apa yang saya buat tidak menyalahi peraturan dunia / akhirat, saya tak kisah apa orang nak kata. untuk pengetahuan, saya cuma naik motosikal sahaja jadi ke hulu ke hilir.
2. kitar semula:
banyak pusat2 pengumpulan untuk kitar semula disediakan NAMUN gunalah fikiran yang rasional dan BERSIVIK. seringkali diperhatikan, segala sampah sarap yang tak masuk akal pun dilonggokkan di sini. selepas hari raya, majlis rumah terbuka banyak diadakan. seringkali saya lihat beg2 sampah yang terburai isinya atau tidak diikat diletakkan di tempat (pondok) kitar semula. terdengar di telinga: tak boleh letak depan rumah, banyak sangat, kotor, berbau dsb. minggu lepas saya dah tak nampak lagi pondok ni. rumah anak yatim, rumah kebajikan, orang2 susah pun ramai. hulurkan sahaja. tetapi seperti yang disebut, bersesuaianlah. janganlah kasut tinggi berkilauan, beg tangan warna merah jambu dihantar ke rumah kebajikan atau rumah anak yatim!!!.. saya pernah menghantar buku2 ke penjara kajang, kerumah anak yatim & ke perpustakaan. begitu juga barang2 yang dikutip di asrama (saya seorang guru) spt. penyangkut baju, sabun2 (walaupun sedikit tetapi jika dikumpul jadi banyak), kain baju dsbnya di beri kepada orang2 susah & anak yatim. itulah sumbangan kecil yang dapat saya lakukan.
3. jangan beli yang baru jika yang lama masih boleh digunakan.
perbaiki & perbetulkan. langsir2 lama boleh di jahit menjadi beg, kusyen, selimut dsbnya. zaman moden ini, layari internet & banyak idea2 serta kemahiran yang boleh dipelajari. pokoknya- diri sendiri. perabut2 dicat atau di varnish kembali. atau seperti yang pernah saya lakukan, bertukar dengan jiran. sila tonton ‘Oprah Winfrey show’
2. tatasusila penggunaan kemudahan awam.
seringkali diperhatikan kanak-kanak akan memanjat & berdiri di atas kerusi di dalam bas, keretapi dsb. DENGAN BERKASUT. ada pula segelintir ORANG DEWASA akan juga meletakkan kaki berkasut mereka di atas seat. buatlah di rumah anda sendiri. tentu anda tidak mahu, bukan? hormatilah hak pengguna lain. begitu juga di jalanraya. anak-anak dibiarkan bermain di atas jalan di hadapan rumah. ada ibu2 berborak2 & tak kurang juga ada kaum bapa. lalu sebuah kereta & anak2 mengejar, terbaling permainan, naik basikal dsb. nak dimarah anak jiran & ibubapa ada di situ. kadang2 ibubapa melihat shj. insiden yang saya alami: ibu2 berbual2 & anaknya bermain bola.bola itu tergolek ke bawah kereta saya & anaknya serta beberapa yang lain meluru untuk mengambil bola. saya terperanjat tetapi nasib baik tekan brek. jika tertekan minyak, mcmana. saya tegur kanak2 ini & jelingan dari ibunya tajam menikam kalbu saya. begitu juga cara meletak kereta di hadapan rumah tak kisahlah berapa buah kereta yang anda ada. yang pastinya: janganlah menghalang laluan atau diparking sesuka hati – senget, terjulur keluar, double parking, parking di hadapan rumah jiran sehingga sukar nak keluar masuk kereta. apa sahaja anda lakukan – fikirkanlah jika anda dilakukan sedemikian.
terlalu menyayangi anak sehingga boleh ‘membunuh’. bayangkan senario ini. seorang bapa membawa anak & isteri membonceng motosikal. anak TIDAK bertopi keledar. anak TIDAK diletakkan dalam pouch yang melekat pada ibu. anak DUDUK / BERDIRI di dalam bakul hadapan motosikal. anak membonceng 2, 3 orang di belakang. adakah anda sayang anak? apaakan terjadi jika anda membrek kecemasan, dilanggar, terlanggar, berlanggar dll.ADAKAH ANDA SAYANG ANAK DENGAN CARA INI? sepatutnya keselamatan anak diutamakan dahulu.
Februari 13,2011 at 11:34 am
salam… anybody, ada tak blog pasal kesan pembuangan sampah sarap???
Mei 8,2011 at 10:17 pm
SUPEP?SUPEP?SUPEP?SUPEP? KARANGAN ?
Jun 11,2011 at 8:30 pm
asslmkum…..ko org ada tak article tentang gejala vandalisme d kalngan masyrkt malaysia..`
Julai 24,2012 at 9:35 pm
terima kasih,blog anda bnyk membantu,redhaila ilmu yg sy timba dr blog saudara…
Mei 19,2013 at 3:11 am
In another historical shift, rich Americans no longer eat more
meat than the average person usually consumes.
There are lots of natural remedies for shingles helps our body to permanently eliminate the virus.
You can tuck couple of pillows under your head for this purpose, making treatment simple to
monitor and regulate. When How Do U Get Smallpox. Enrique tries to hide his habit.
But then you tell him not to talk about.
September 10,2014 at 8:03 am
I’ve been surfing online more than 4 hours today, yet I never found any interesting article like yours.
It’s pretty worth enough for me. Personally, if all web owners and bloggers made good
content as you did, the internet will be much more useful than ever before.